Keadaan yang Menguzurkan Seseorang Daripada Solat


Keadaan yang menguzurkan seseorang daripada solat(tetapi wajib mengqadhanya:
1)    Ketiduran.
2)    Terlupa kerana kesibukan yang dimaafkan.

Solat(Bab 6)

....Sambungan



17)       Memberi salam – dengan lafaz “السلام عليكم”.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير، وتحليلها التسليم
Maksudnya:
“Kunci solat adalah bersuci, dan pembukanya adalah takbir, dan penutupnya adalah salam”.
(Riwayat Imam  at-Tarmidzi)

*Ketika memberi salam, adalah disunatkan menyambungkan bacaan dengan “ورحمة الله yang bermaksud, “Dan rahmat Allah”. Ketika salam juga, disunatkan untuk berpaling ke arah kanan, dan ke arah kiri(sambil diberi salam kali kedua, yang juga sunat hukumnya).

18)       Tertib pada semua rukun.
*Thoma’ninah bermaksud berhenti sekejap  selepas anggota bergerak sekadar mengucap “Subhanallah”.


Bersambung...

Solat(Bab 5)

...Sambungan

14)       Membaca tasyahhud akhir.
Bacaan tasyahhud akhir adalah wajib, bacaannya adalah:
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله, السلام عليك أيها النبي ورحمة الله و  بركاته, السلاو علينا وعلى عباد الله الصالحين, أشهد أن لاإله إلاالله و اشهد أن محمدا رسول الله
Maksudnya: “Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah”.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibn ‘Abbas r.a.:
كان رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يعلِّمنا التشهد كما يعلمنا القرآن، وكان يقول: "التحيات المباركات الصلوات الطيبات للّه، السلام عليك أيها النبي ورحمة اللّه وبركاته، السلام علينا وعلى عباد اللّه الصالحين، أشهد أن لا إله إلا اللّه، وأشهد أنَّ محمداً رسول اللهّ"
Maksudnya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami berkenaan tasyahhud sebagaimana mengajarkan kami al-Quran, “Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah””.
(Riwayat Abu Daud)
*Ketika membaca, “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah”, maka disunatkan untuk mengangkat sedikit jari telunjuk tangan kanan.
*Dan disunatkan juga apabila menyebut nama Baginda s.a.w. ketika tasyahhud, dan juga selainnya, dengan menambah perkataan “سيدنا yang bermaksud, “penghulu kami”. Ini adalah sebahagian adab kita apabila menyebut nama Baginda s.a.w.
*Cara duduk tasyahhud akhir ialah, punggung duduk di atas lantai sementara kaki kiri dilipatkan ke kanan, serta kaki kanan juga dilipat ke kanan dan ditegakkan.

15)       Duduk ketika membaca tasyahhud akhir.

16)       Membaca selawat kepada Baginda s.a.w.
Cara selawatnya adalah:    اللهم صلى على سيدنا محمد
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sampaikanlah selawat ke atas penghulu kami Muhammad”.
*Setelah itu, sunat membaca selawat ke atas keluarga Baginda s.a.w. dengan:   وعلى آل سيدنا محمد
Maksudnya: “Dan juga ke atas keluarga penghulu kami, Muhammad”.
Dan sunat diteruskan dengan selawat Ibrahimiyah iaitu:
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”.

Sabda Baginda s.a.w. dalam mengajarkan selawat ke atasnya dan keluarga Baginda s.a.w.:
قال قولوا اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد
Maksudnya:
“Berkata Baginda, “katakanlah: “Wahai Tuhanku, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad, dan juga ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Bersambung...

Solat(Bab 4)

...Sambungan

9)    Sujud – Hendaklah sempurna anggota sujud menyentuh
tempat sujud.
Ketika sujud, disunatkan untuk kita membaca sebagaimana yang telah diajarkan Baginda s.a.w., iaitu:
وإذا سجد قال: "سبحان ربي الأعلى وبحمده" ثلاثاً
Maksudnya:
“Dan sekiranya sujud, berkata(Baginda): “Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya””.
(Riwayat Abu Daud)

10)       Thoma’ninah pada sujud.
11)       Duduk antara dua sujud.
Sunat membaca ketikanya:
اللهم اغفرلى و ارحمنى و ارزقنى و اهدينى و عافنى و اعفوعنى
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunkan daku, dan rahmatilah daku, dan kurniakan rezeki kepadaku, dan kurniakan hidayahMu kepadaku, dan kurniakan kesihatan kepadaku, dan ampunilah daku”.

Do’a ini berpandukan kepada beberapa hadith Baginda s.a.w., iaitu:
وكان إذا رفع رأسه من السجدة قال رب اغفر لي وارحمني واجبرني وارفعني وارزقني واهدني
Maksudnya:
“..Dan adalah ketika Baginda mengangkat kepala daripada sujud, Baginda berkata, “Tuhanku, ampunilah daku, dan rahmatilah daku, dan perbaikilah daku, dan angkatlah darjat daku, dan kurniakanlah ku rezeki, dan kurniakanlah ku hidayah””.
(Riwayat Imam Baihaqi)

اللهم اغفر لي وارحمني واهدني واجبرني
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, ampunilah daku, dan rahmatilah daku, dan kurniakan hidayah kepadaku, dan perbaikilah daku”.
(Di dalam Musnad Imam asy-Syafi’e)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول بين السجدتين: "اللهمَّ اغفر لي وارحمني وعافني واهدني وارزقني
Maksudnya:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. berkata di antara dua sujud, “Wahai Tuhanku, ampunkan daku, dan rahmatilah daku, dan ampunilah daku, dan kurniakanlah ku hidayah, dan kurniakanlah ku rezeki”.
(Riwayat Abu Daud)

*Dan dibolehkan ketika duduk di antara dua sujud, untuk membaca sebarang do’a selain di atas.
*Cara duduk ialah seperti tasyahhud awwal, punggung duduk di atas kaki kiri, dan kaki kanan menegak(duduk iftirasy).

12)       Thoma’ninah pada duduk antara dua sujud.

13)       Sujud – Hendaklah sempurna anggota sujud
menyentuh tempat sujud. (Sunat membaca pujian seperti sujud pertama).



Bersambung...

Solat(Bab 3)

sambungan...

5)    Ruku’.
Ketika ruku’, disunatkan untuk kita membaca sebagaimana yang telah diajarkan Baginda s.a.w., iaitu:
إذا ركع قال: "سبحان ربي العظيم وبحمده" ثلاثاً،
Maksudnya:
“Sekiranya ruku’, berkata(Baginda): “Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, dan segala kepujian kepadaNya, tiga kali….””.
(Riwayat Abu Daud)

*Cara ruku’ adalah, apabila bertakbir dan turun untuk ruku’, maka kedua-dua telapak tangan memegang kedua-dua lutut, meluruskan bahagian belakang badan, dan kepala selari dengan badan(tidak menunduk dan mengangkat).

6)    Thoma’ninah pada ruku’.

7)    I’tidal(berdiri tegak sekejap setelah ruku’).
Ketika bangkit untuk I’tidal, maka sunat membaca: سمع الله لمن حمده
Maksudnya: Allah mendengar pujian orang yang memujinya”.
Kemudiannya ketika berdiri tegak, sunat membaca: ربنا ولك الحمد
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian”.
*Ketika berdiri I’tidal, tangan dilepaskan bebas(tidak seperti selepas berTakbiratul Ihram).
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah r.a.:
فلما ركع كبر فلما رفع رأسه قال سمع الله لمن حمده ، ثم قال ربنا ولك الحمد ثم سجد وكبر
Maksudnya:
“…Maka kemudiannya(Baginda) ruku’ berserta takbir, maka kemudiannya mengangkat kepala(bangkit dari ruku’) sambil berkata, “Allah mendengar kepada sesiapa yang memujinya”, kemudian berkata, “Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian”, kemudiannya sujud sambil bertakbir…”.
(Riwayat ad-Daraamiy)

Dan daripada Sayyidina Anas ibn Malik r.a.:
وإذا قال: سمع الله لمن حمده، فقولوا: ربنا ولك الحمد
Maksudnya:
Dan apabila dikatakan, “Allah mendengar kepada sesiapa yang memujiNya”, maka katakanlah, “Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian””.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

8)    Thoma’ninah pada I’tidal.


bersambung...

Solat(Bab 2)



Rukun-rukun solat ada 18, iaitu:
1)    Niat ketika bertakbiratul ihram – Hendaklah qasad, ta’arud,
ta’ayin(iaitu dengan sengaja,  fardhu atau sunat, dan tahu waktu solat yang dikerjakan).
v Cara berniat ketika bertakbiratul ihram adalah, “Sahaja aku menunaikan solat fardhu(cthnya Zohor) empat raka’at, kerana Allah Ta’ala”, ataupun “Sahaja aku menunaikan fardhu(cthnya Zohor) empat raka’at, kerana Allah Ta’ala” ataupun seerti dengannya. Adapun berlafaz niat itu adalah sunat.

2)    Takbiratul Ihram – Dengan menyebut dengan jelas kalimah
Allahuakhbar “الله اكبر.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير، وتحليلها التسليم
Maksudnya:
“Kunci solat adalah bersuci, dan pembukanya adalah takbir, dan penutupnya adalah salam”.
(Riwayat Imam  at-Tarmidzi)

*Selepas bertakbir, sunat membaca Do’a Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah. Bacaannya ialah:
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَ أَصِيلاً. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ حَنِيفاً مُسْلَمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَِينَ, لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِينَ
Maksudnya:
“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam”.

*Selepas selesai membaca Do’a Iftitah, maka disunatkan untuk membaca ta’awudz sebelum memulakan bacaan al-Fatihah, iaitu “ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” yang bermaksud, “Aku berlindung denganMu Allah daripada syaitan yang direjam”.

*Hukum mengangkat tangan ketika bertakbir adalah sunat, dan caranya ialah, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Malik Ibn Huwairith R.A.:
كان إذا كبر رفع يديه حتى يحاذي بهما أذنيه. وإذا ركع رفع يديه حتى يحاذي بهما أذنيه. وإذا رفع رأسه من الركوع، فقال "سمع الله لمن حمده"، فعل مثل ذلك
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. apabila Baginda bertakbir, Baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, Baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, Baginda membaca; “Allah mendengar pujian orang yang memujiNya” dengan melakukan seumpama tadi”.
(Riwayat Imam Muslim)

3)    Qiam(berdiri) – Hanya bagi yang tiada keuzuran syar’ie dan
wajib pada tiap-tiap solat fardhu, manakala sunat berdiri pada solat yang sunat.
*Ketika berdiri selepas Takbiratul Ihram, sunat meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, dan kedudukannya berhampiran dengan hati(sebagaimana menurut perbahasan ulama’ hadith dan fiqh), sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Wail Ibn Hujr:
 ثم وضع يده اليمني على كف يده اليسرى
Maksudnya:
“…Kemudian Baginda s.a.w. meletakkan tangan kanan di atas  pergelangan tangan kiri”.
(Riwayat Imam Baihaqi)

4)    Membaca al-Fatihah.
Al-fatihah wajib dibaca, bacaannya ialah:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1). Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (4). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7).”
(Surah al-Fatihah: 1-7)

Kewajipan ini adalah berpandukan kepada sabda Baginda s.a.w. iaitu:
لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya:
“Tidak dikira solat kepada sesiapa yang tidak membaca ‘pembuka al-Kitab’(al-Fatihah)”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

*Selepas selesai membaca surah al-Fatihah, disunatkan pula membaca sebarang surah yang terdapat di dalam al-Quran.


Bersambung...

Solat(Bab 1)



O)   Solat.
Firman Allah s.w.t.:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
(Surah adz-Dzariyat: 56)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت
 Maksudnya:
“Islam itu dibina atas lima perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji”.
(Riwayat Ibn Hibban)
Sabda Baginda s.a.w. lagi:
وصلوا كما رأيتموني أصلي
Maksudnya:
“...Dan solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat...”
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Solat adalah ibadat yang paling agung kerana solat diperintahkan Allah kepada Rasulullah ketika berlakunya mi’raj Baginda s.a.w. Kita diperintahkan untuk menunaikan hanya 5 waktu solat sehari semalam, dan ibadat solat juga mengandungi pelbagai hikmah dan faedah terhadap diri kita. Solat juga amat besar tanggungjawabnya sehinggakan solat di ibaratkan sebagai tiang agama seseorang muslim. Solat dari segi bahasa bermaksud, do’a dan dari segi istilah bermaksud, beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu  dan niat yang tertentu.

Syarat-syarat untuk menunaikan solat:
1)    Suci daripada hadath kecil dan besar.
2)    Bersih daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan pada pakaian, tempat sujud, dan badan.
3)    Menutup aurat.
4)    Menghadap kiblat.
5)    Masuk waktu solat dengan yakin ataupun sekadar zhan.
6)    Mengetahui fardhu-fardhu solat.
7)    Jangan beri’tiqad sesuatu yang wajib itu sebagai sunat.
8)    Menjaga diri daripada perkara yang membatalkan solat.


Bersambung...

Aurat


N)   ‘Aurat.
Islam juga agama yang menjaga maruah penganutnya. Hal ini menunjukkan bahawa Islam menitikberatkan soal harga diri, kerana setiap manusia mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah, sepertimana firman Allah berkenaan ‘aurat di dalam al-Quran. Oleh kerana itu terdapat hukum berkenaan dengan ‘aurat. ‘Aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutupi supaya tidak dilihat oleh orang lain.

Bahagian-bahagian ‘aurat:
1)                ’Aurat lelaki di dalam dan di luar solat – Antara pusat hingga lutut.
2)                ‘Aurat wanita yang merdeka di dalam dan di luar solat – Seluruh badan melainkan wajah dan telapak tangan.
3)                ‘Aurat perempuan di hadapan ajnabi – Seluruh badan
*sekiranya aman daripada fitnah, maka auratnya seluruh badan melainkan wajah dan telapak tangan.
4)        ‘Aurat perempuan di hadapan perempuan ataupun di hadapan mahramnya – Antara pusat hingga lutut.



Bersambung...

Istihadhah(Bab 2)



Ketika nifas:
v    Sekiranya darah nifas yang keluar melebihi 60 hari, maka ianya istihadhah.
v    Sekiranya ketika nifas, berlaku perubahan warna darah yang keluar, berbeza dengan warna sebelumnya, maka darah yang keluar selepas perubahan warna itu, adalah istihadhah.

*Cara beribadah bagi wanita yang mengalami istihadhah ialah, hendaklah wanita itu menyucikan dirinya dari darah yang keluar, kemudian meletakkan pelapik, dan terus mengambil wudu’ dan menunaikan solat, tanpa ditangguh-tangguh atau mengambil masa yang lama antara suci dan solat. Sekiranya keluar darah istihadhah ketika solat, maka hukumnya dimaafkan.


Bersambung...

Istihadhah(Bab 1)



M)   Istihadhah.
Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar kerana ketidak seimbangan hormon seseorang wanita, ataupun disebabkan penyakit dan juga pengaruh psikologi. Ia merupakan bab yang paling rumit dalam fiqh menurut para ulama’, kerana masalah ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan seseorang wanita. Akan tetapi, kebanyakan wanita tidak tahu untuk membezakan istihadhah yang berlaku ketika haid atau nifas. Walaupun darah istihadhah keluar atas sebab-sebab tertentu, wanita yang tahu dan mengenal pasti darah istihadhah itu tetap wajib menunaikan solat, dan ibadah-ibadah yang lain. Istihadhah boleh berlaku ketika suci atau ketika haid, ataupun selepas nifas. Masalah berkaitan istihadhah ini cukuplah meluas, dan di sini hanya menerangkan masalah istihadhah yang menjadi kebiasaan sahaja.

Ketika haid:
v    Darah yang keluar itu mestilah cukup kiraan 24 jam ataupun
ke atas, sehinggalah diyakini berhenti haid tersebut. Sekiranya kiraan darah haid yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ianya adalah istihadhah.
v    Ketika haid, apabila berlakunya perubahan warna darah yang keluar, berbeza dengan warna darah sebelum itu, maka menandakan haidnya itu telah habis, dan darah yang keluar selepas itu adalah istihadhah.
v    Sekiranya haid seseorang itu lama, mencapai 15 hari 15 malam, maka darah yang keluar selepas itu adalah istihadhah.
v    Sekiranya, seseorang itu telah mengalami haid dan suci darinya, tiba-tiba selang beberapa hari yang kurang dari bilangan hari suci tersebut, keluar lagi darah. Maka darah itu adalah istihadhah. Haid tidak akan berlaku 2 kali dalam 1 bulan.

Bersambung...

Nifas



L)   Nifas.
Nifas pula adalah darah yang keluar dalam jangka masa tertentu selepas bersalin.

Bilangan hari nifas bagi seseorang wanita bersalin:
1)    Sekelip mata selepas bersalin.
2)    Kebiasaannya – 40 hari 40 malam.
3)    Paling lama – 60 hari 60 malam.



Bersambung...
Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}