Haid


K)   Haid.
Haid adalah darah kotor yang keluar dari faraj ketika sampai jumlah hari yang tertentu. Ia adalah suatu lumrah yang berlaku kepada setiap wanita yang telah akil baligh. Oleh kerana itu, Islam menyentuh berkenaan haid supaya setiap muslimah tahu akan hukum-hukum berkenaannya dan dapat membezakan dari istihadhah.
Bilangan hari haid seseorang wanita:
1)    Paling cepat – 24 jam.
2)    Kebiasaan – 6 ataupun 7 hari.
3)    Paling lama – 15 hari 15 malam.
*hukum bilangan hari tersebut hendaklah mengikut kalendar Hijrah.

Bilangan hari suci dari haid seseorang wanita:
1)    29 hari suci, bagi haid yang hanya 1 hari.
2)    23 ataupun 24 hari suci bagi yang haid 6 atau 7 hari.
3)    15 hari suci bagi yang haid 15 hari.
4)    Suci lebih daripada masa di atas atau buat selama-lamanya dari haid.

Najis (bab 2)



Cara-cara menyucikan najis di atas:
1)    Najis mughallazoh – Dibuang najis tersebut, dan dicuci
menggunakan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.
2)    Najis mukhaffafah – Dipercikkan air mutlak ke atas kawasan yang
terkena sehingga hilang zatnya.
3)    Najis mutawassitoh – Terbahagi kepada dua, iaitu:
v Najis ‘ainiyyah(jelas) : Sekiranya kelihatan zat, bau, dan warnanya, perlu dicuci menggunakan air mutlak 3 kali dan digosok sehingga hilang zat, bau, dan warnanya.
v Najis hukmiyyah(tidak jelas, tetapi tahu adanya najis) : Sekiranya suatu tempat itu diyakini ada najis, tetapi telah hilang zat, bau dan warnanya, maka memadai dijirus dengan air mutlak.

Sesuatu yang najis tetapi menjadi suci ada empat, iaitu:
1)    Arak apabila menjadi cuka dengan semulajadi.
2)    Kulit bangkai yang disamak, selain anjing dan babi.
3)    Ulat yang muncul pada suatu bangkai.
4)    Darah pusat kijang yang menjadi wangian kasturi.



Bersambung...

Najis (bab 1)



J)   Najis.
Syariat menyentuh berkenaan dengan najis dan mengajar umat Islam cara membersihkan diri suatu najis tersebut. Hal ini kerana Islam adalah agama yang suci dan menekankan kesucian dalam hidup setiap individu muslim. Najis menurut bahasa ialah, sesuatu yang kotor. Menurut istilah pula, kekotoran yang menghalang sahnya solat seseorang itu. Para ulama’ fiqh telah membahagikan najis kepada beberapa bahagian dan menerangkan kepada kita cara-cara untuk membersihkan najis mengikut tahap-tahap najis.

Najis terbahagi kepada 3 bahagian:
1)    Mughallazoh(najis yang berat) – Anjing, babi, ataupun kacukan
binatang lain dengan kedua-duanya.
2)    Mukhaffafah(najis yang ringan) – air kencing bayi lelaki yang
belum mencapai 2 tahun, dan hanya meminum susu ibu.
3)    Mutawassitoh(najis yang sederhana) – selain dari kedua-dua
najis di atas.

Bersambung...

Tayammum(bab 2)



Fardhu-fardhu tayammum:
1)    Memindahkan tanah debu(dari tanah ke muka).
2)    Niat.
*Cara berniat ketika ingin bertayammum adalah, “Sahaja aku bertayammun untuk mengharuskan solat, kerana Allah Ta’ala” ataupun yang seerti dengannya.
3)    Menyapu muka seperti sapuan wudu’.
4)    Menyapu dua tangan hingga siku.

3 perkara yang membatalkan tayammum, iaitu:
1)    Seperti perkara yang membatalkan wudu’.
2)    Murtad.
3)    Menyangka adanya air setelah mengambil tayammum.

Perkara-perkara sunat dalam tayammum:
1)    Bersiwak(memberus gigi menggunakan kayu sugi)
2)    Berpindah-pindah tempat debu yang digunakan.
3)    Membaca basmalah.
4)    Memulakan dengan tangan kanan.
5)    Melebihkan sapuan pada anggota tayammum.
6)    Menipiskan debu yang akan disapu pada anggota tayammum.
7)    Mualat antara sapuan.


Bersambung...

Tayammum(bab 1)



I)   Tayammum.
Tayammum ialah mengangkat hadath kecil dengan menggunakan debu ketika ketiadaan air dalam suatu kawasan ataupun kerana sebab-sebab yang tertentu. Tayammum dari sudut istilah ialah, menggunakan debu yang suci bagi menggantikan air dengan niat, sapuan dan tertib yang tertentu.
Firman Allah s.w.t.:
وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ
Maksudnya:
“...Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu…”.
(Surah al-Maedah: 6)

Sebab-sebab tayammum ialah:
1)    Ketiadaan air(setelah berusaha mencari sekitar 2.5 kilometer).
2)    Sakit yang tidak boleh terkena air.
3)    Terdapat orang atau binatang(selain anjing dan babi) yang dihormati, berhajat kepada air yang akan digunakan untuk wudu’.
v Haram memberi air kepada sesuatu yang tidak dihormati menurut syari’at, iaitu:
1)    Orang yang meninggalkan solat dan tidak mengqadakannya.
2)    Orang yang berzina walaupun setelah berkahwin.
3)    Orang yang murtad.
4)    Kafir harbi.
5)    Anjing yang ganas atau gila.
6)    Khinzir.

Syarat-syarat tayammum ada 9, iaitu:
1)    Menggunakan debu tanah.
2)    Debu yang suci(debu mutlak).
3)    Tidak bercampur debu dengan tepung atau seumpamanya.
4)    Memang berhajat kepada tayammum.
5)    Menyapu tangan dan muka dengan dua tepukan.
6)    Hilangkan najis pada tempat yang perlu tayammum.
7)    Mengadap kiblat, atau berijtihad sekiranya tidak tahu arahnya.
8)    Bertayammum selepas masuk waktu solat yang ingin dikerjakan.
9)    Bertayammum pada setiap solat fardhu, melainkan solat sunat.



Bersambung...

Perkara Haram Dilakukan Apabila Mengalami Beberapa Keadaan (Bab 3), Ketika Haid



3)    Haram bagi perempuan yang sedang haid dan nifas pada 10 perkara, iaitu:
Ø Solat.
Ø Tawaf.
Ø Menyentuh al-Quran, melainkan keadaan tertentu.
Ø Menanggung al-Quran, melainkan keadaan tertentu.
Ø Membaca al-Quran dengan qasad membacanya.
Ø Duduk ataupun berjalan-jalan di dalam masjid.
Ø Berpuasa Ramadhan.
Ø Diceraikan(oleh suami).
Ø “Bersedap-sedap” dengan suami antara lutut dan pusat.



Bersambung...

Perkara Haram Dilakukan Apabila Mengalami Beberapa Keadaan (Bab 2), Ketika Berjunub.


2)    Apabila berjunub, maka haram baginya 7 perkara, iaitu:
Ø Solat.
Ø Berkhutbah(bagi khatib).
Ø Tawaf.
Ø Menyentuh al-Quran, melainkan dalam keadaan tertentu.
Ø Menanggung al-Quran, melainkan dalam keadaan tertentu.
Ø Membaca ayat al-Quran dengan qasad membacanya.
Ø Duduk ataupun berjalan-jalan di dalam masjid.


Bersambung...

Perkara Haram Dilakukan Apabila Mengalami Beberapa Keadaan (Bab 1), Apabila Batal/Tiada Wudhu'.



H)   Perkara yang haram dilakukan apabila mengalami beberapa keadaan.

1)    Apabila terbatal wudu’, maka haram baginya 5 perkara, iaitu:
Ø Solat.
Ø Berkhutbah(bagi khatib).
Ø Menyentuh al-Quran, melainkan dalam keadaan tertentu.
Ø Menanggung al-Quran, melainkan dalam keadaan tertentu.

Bersambung...

Wudhu' (bab 2)



Sunat-sunat ketika berwudhu’:
1)    Membaca basmalah.
2)    Membasuh kedua-dua pergelangan tangan sambil menyilangi jari.
3)    Berkumur-kumur.
4)    Melakukan dengan tiga kali ulangan.
5)    Memasukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya.
6)    Mendahulukan sebelah kanan.
7)    Bersugi.
8)    Menyapu kesemua kepala.
9)    Menggosok tangan ketika membasuh tangan.
10)     Melebihkan had basuhan pada anggota wudhu’.
11)     Berturut-turut.

Perkara yang membatalkan wudhu’:
1)    Keluar sesuatu dari qubul atau dubur seperti angin, melainkan air mani.
2)    Hilang aqal disebabkan tidur yang tidak tetap punggungnya(baring), atau gila walaupun sekejap, dan sebagainya.
3)    Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang mumayyiz lagi beraqal, sekiranya tidak berlapik.
4)    Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak tangan atau tapak jari tangan tanpa berlapik.

Hukum berkenaan meminta tolong orang lain untuk membasuh anggota kita:
1)    Harus:      Meminta supaya didekatkan air yang jauh dari kita.
2)    Khilaful ‘aula(lebih baik menjauhi): Meminta supaya dicucurkan air kepada kita.
3)    Makhruh: Meminta orang lain menggosok anggota wudu’ kita sedangkan kita mampu..
4)    Wajib: Meminta seseorang membasuhkan anggota wudhu’
kerana lumpuh dan sebagainya.





Bersambung...

Wudhu' (bab 1)



G)   Wudhu’.
Wudhu’ juga merupakan antara ibadat yang bercirikan kebersihan. Ia juga merupakan ibadat yang mudah untuk diamalkan dan mempunyai fadhilat yang cukup besar. Wudhu’ menurut istilah ialah, membasuhkan beberapa anggota tertentu dengan niat dan tertib tertentu.

Firman Allah s.w.t.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…”.
(Surah al-Maedah: 6)
  
Syarat-syarat sah wudhu’:
1)    Islam.
2)    Mumayyiz
v Antara ciri kanak-kanak itu mumayyiz adalah tahu membezakan perkara yang baik atau buruk, tahu menjaga aurat dan ‘aib, membezakan antara bersih dan kotor.
3)    Suci daripada haid, dan nifas.
4)    Bersih daripada sesuatu yang menghalang air mengenai kulit.
5)    Anggota wudu’ mestilah bersih daripada sebarang perkara yang mengubahkan air ketika berwudu’.
6)    Mengetahui segala fardhu wudu’.
7)    Tidak meng’iktiqad atau tertukar perkara yang wajib itu menjadi sunat.
8)    Menggunakan air yang suci lagi menyucikan(air mutlak).
9)    Mengalirkan air pada anggota wudu’(yang perlu dialirkan).
10)           Tiada pergantungan niat ketika berwudu’.
v Contohnya: seseorang itu berniat, “Aku mengambil wudu’ ini kerana Allah Ta’ala sekiranya aku tidak sakit perut”. Maka tidak sah wudu’nya walaupun dia tidak sakit perut selepas itu.
  
Fardhu wudhu’ ada enam perkara, iaitu:
1)    Niat ketika air mengenai muka.
* Cara berniat ketika mengambil wudu’ ialah, “Sahaja aku mengangkat hadath kecil, kerana Allah Ta’ala”, atau “Sahaja aku mengambil wudu’, kerana Allah Ta’ala”, ataupun seerti dengannya.
2)    Membasuh muka.
3)    Membasuh kedua-dua tangan bermula hujung jari hingga ke siku.
4)    Menyapu sedikit sebahagian kepala.
5)    Membasuh kedua-dua kaki bermula hujung jari hingga ke atas buku lali.
6)    Tertib.


Bersambung...

Perkara yang Mewajibkan Mandi



F)   Perkara yang mewajibkan mandi.
Agama Islam menitik beratkan kebersihan pada diri setiap muslim, oleh kerana itu, Islam mewajibkan setiap muslim untuk membersihkan dirinya dengan mandi sekiranya mengalami keadaan tertentu. Sekiranya muslim itu mengalami keadaan di bawah ini, maka diwajikan mandi kerana untuk menghilangkan hadath besar(kekotoran besar). Mandi wajib menurut istilah bermaksud mengalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan dengan niat yang tertentu.
Firman Allah s.w.t.:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ
Maksudnya:
“....Dan sekiranya kamu semua berjunub, maka bersihkanlah(dengan mandi)...”.
(Surah al-Maedah: 6)

Terdapat enam perkara yang mewajibkan mandi, iaitu:-
1)    Apabila masuknya zakar sekadar bahagian yang terpotong(yang dikhatankan) ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
2)    Keluar air mani.
3)    Keluar haid.
4)    Keluar nifas, iaitu darah selepas wanita bersalin.
5)    Keluar wiladah, iaitu darah yang keluar mengiringi anak ketika bersalin.
6)    Mati melainkan mati syahid.

Fardhu mandi wajib ada 2:
1)    Niat.
* Cara berniat mandi wajib ialah, “Sahaja aku mengangkat hadath besar, kerana Allah Ta’ala”, atau “Sahaja aku mandi wajib, kerana Allah Ta’ala”, ataupun seerti dengannya.
2)    Meratakan air ke seluruh bahagian tubuh badan.

Antara perkara yang menyunatkan mandi, iaitu:
1)    Sebelum keluar ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
2)    Sebelum keluar untuk menunaikan solat ‘Aid
3)    Untuk menunaikan solat Istisqaq(meminta hujan)
4)    Ketika sempurna gerhana matahari atau bulan.
5)    Orang kafir yang memeluk Islam.
6)    Orang yang pulih dari penyakit gila ataupun pengsan.
7)    Orang yang memandikan jenazah.
8)    Orang yang ingin memasuki kota Makkah.



Bersambung....

Hadath



E)   Hadath.
Ø Hadath menurut bahasa ialah sesuatu yang mendatang.
Ø Hadath menurut istilah ialah sebab-sebab yang menghilangkan suci, ataupun sesuatu yang diiktibarkan ada dan tidak dapat dilihat, yang perlu disucikan anggota tertentu kerana terhalangnya daripada sah solat.

Hadath terbahagi kepada dua:
1)    Hadath kecil – Memadai suci dengan mengambil wudu’.
2)    Hadath besar – Perlu kepada mandi wajib.



Bersambung...

Niat



D)   Niat.
Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadith yang cukup mahsyur:
إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى
Maksudnya:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat, dan sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan apa yang dia niatkan”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Rukun niat ada dua:
1)    Orang yang berniat.
2)    Ada ibadat yang ingin diniatkan.

Syarat-syarat berniat:
1)    Islam.
2)    Mumayyiz.
3)    Orang yang berniat tahu apa yang diniatkan.
4)    Niat tidak boleh tergantung oleh sesuatu.
5)    Bertetapan niat.

Ø Tempat niat adalah di dalam hati.
Ø Waktu berniat adalah ketika awal-awal mengerjakan suatu ibadat itu.
Ø Berlafaz niat sebelum berniat di dalam hati adalah sunat, kerana mempermudahkan seseorang itu untuk menghadirkan niat.



Bersambung...
Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}