Anggota-Anggota Ketika Sujud

Anggota-anggota ketika sujud:
1)    Dahi.
2)    Kedua-dua telapak tangan.
3)    Kedua-dua lutut.
4)    Kedua-dua perut jari-jari kaki(sekurang-kurangnya dua jari).

Perkara Sunat Diangkat Tangan Ketika Solat

Perkara sunat diangkatkan tangan ketika solat:
1)    Ketika takbiratul ihram.
2)    Ketika hendak turun ruku’.
3)    Ketika bangun dari ruku’(i’tidal).
4)    Ketika bangun selepas tasyahhud awal.

Tasydid(sabdu) Yang Wajib Dijaga Didalam al-Fatihah


Tasydid(sabdu) yang wajib dijaga ketika al-Fatihah:
1)    بِسْمِ اللَّهِ.
2)    الرَّحْمَـٰنِ.
3)    الرَّحِيمِ.
4)    الْحَمْدُ لِلَّهِ.
5)    رَبِّ.
6)    الرَّحْمَـٰنِ.
7)    الرَّحِيمِ.
8)    الدِّينِ.
9)    إِيَّاكَ.
10)  وَإِيَّاكَ.
11)  الصِّرَاطَ.
12)  الَّذِينَ.
13)  الضَّالِّينَ.

*sekiranya tidak sempurna tasydid ketika al-Fatihah, maka hendaklah dia mengulangi semula ayat itu, atau dia mengenal pasti bacaannya tidak betul setelah selesai bacaan hendaklah dia mulakan dari awal. 


Bersambung...

Syarat-Syarat Sah Ketika Membaca al-Fatihah(bab 2)


Sambungan...

6)    Jangan berhenti walaupun sekejap tanpa sebab.
7)    Jangan sengaja membaca al-Fatihah dengan salah.
8)    Membaca al-Fatihah ketika berdiri dalam solat fardhu bagi yang mampu.
9)    Pembaca mendengar seluruh huruf yang dibacanya.
10)    Tidak diselangi perkataan lain dengan sengaja ketika
membacanya.

Bersambung..

Syarat-Syarat Sah Ketika Membaca al-Fatihah

Syarat-syarat sah ketika membaca al-Fatihah:
1)    Tertib – Mengikut sususan ayat seperti dalam al-Quran.
2)    Berturut-turut antara setiap ayat.
3)    Mengambil berat pada segala huruf, iaitu pada melafazkan makhraj huruf.
4)    Mengambil berat segala tasydid(sabdu).
5)    Jangan berhenti lama di antara ayat melainkan ada sebab.

Bersambung...

Syarat Sah Takbiratul Ihram(bab 3)

Sambungan....

11)    Segala sebutan Takbiratul Ihram hendaklah didengari oleh
penyebutnya.
12)    Hendaklah dalam waktu yang dibolehkan solat.
13)    Menghadap kiblat.
14)    Jangan merosakkan atau tidak menyebut satu huruf dari kalimah
Allahuakbar الله اكبر.
15)    Dalam solat berjemaah, ma’mum hendaklah berTakbiratul
Ihram  selepas daripada imam selesai berTakbiratul  Ihram.

Bersambung...

Syarat Sah Takbiratul Ihram(bab 2)

Sambungan....
6)    Tidak memanjang huruf ba( ب ) pada lafaz “Akbar” seperti, “Akbaaar”, hukumnya tidak sah.
7)    Tidak mentasydidkan(mensabdukan) hurud ba( ب ) pada lafaz “Akbar”.
8)    Hendaklah membaca huruf ra( ر ) dengan sukun(mati) seperti, Allahuakbar “ اللهُ اَكْبَرْ .
9)    Tidak menambahkan huruf wau ( و )sebelum lafaz “Jalallah” seperti, wallahuakbar والله اكبر .
10)    Berturut-turut antara dua kalimah takbir dan tidak berhenti
di antara lafaz “Jalallah” dan “Akbar”.


Bersambung...

Syarat Sah Takbiratul Ihram(bab 1)



Syarat-syarat sah Takbiratul Ihram:
1)    Berdiri(bagi yang mampu).
2)    Di dalam kalimah bahasa ‘arab.
3)    Menyebut lafaz “Jalallah” dan disusuli “Akbar”, seperti Allahuakbar الله اكبر.
4)    Tertib ketika menyebut lafaz “Jalallah” dan “Akbar”.
5)    Tidak memanjangkan huruf alif( ا ) pada permulaan lafaz “Jalallah” seperti, “Aaaaallah”, hukumnya tidak sah.


Bersambung...
Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}