11) Sama’ – yakni memiliki sifat mendengar.
Firman Allah s.w.t.:
وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١١﴾
Maksudnya:
“Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
(Surah asy-Syura: 11)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
فإنكم لم تدعوا أصم ولا أعمى وإنما تدعون سميعا بصيرا.
Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua(wahai orang beriman) tidak berdoa kepada yang pekak dan buta, akan tetapi kamu semua berdo’a kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).
12) Basor – yakni memiliki sifat melihat.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ ﴿١٩﴾
Maksudnya:
“...Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
(Surah al-Mulk: 19)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
فإنكم لم تدعوا أصم ولا أعمى وإنما تدعون سميعا بصيرا.
Maksudnya:
“Sesungguhnya kamu semua(wahai orang beriman) tidak berdoa kepada yang pekak dan buta, akan tetapi kamu semua berdo’a kepada Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim).
13) Kalam – yakni yang memiliki sifat kata-kata(tanpa suara dan huruf).
Firman Allah s.w.t.:
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا ﴿١٦٤﴾
Maksudnya:
“dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)”.
(Surah an-Nisa’:164)
Sabda Baginda s.a.w.:
ما منكم من أحد إلا وسيكلمه ربه يوم القيامة
Maksudnya:
“Tiada seseorang pun daripada kalian, melainkan Tuhannya akan berbicara kepadanya di hari Qiamat”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
14) Kaunuhu Qadiran – yakni keadaanNya yang berkemampuan.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٤٨﴾
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu”.
(Surah al-Baqarah: 148)
15) Kaunuhu Muridan – yakni keadaanNya yang berkeinginan.
Firman Allah s.w.t.:
فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ﴿١٦﴾
Maksudnya:
“Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.”
(Surah al-Buruuj: 16)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
ما شاء الله كان و ما لم شاء لم يكن.
Maksudnya:
“Apabila dikehendaki Allah sesuatu berlaku, maka akan berlaku, dan apa sahaja yang tidak dikehendaki Allah untuk berlaku, maka tidak berlaku”.
(Riwayat Imam An-Nasa’i)
16) Kaunuhu ‘Aliman – yakni keadaanNya yang berilmu.
Firman Allah s.w.t.:
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١٧٦﴾
Maksudnya:
“...Dan Demi Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu”.
(Surah al-Nisa’: 176)
17) Kaunuhu Hayyan – yakni keadaanNya yang hidup.
Firman Allah s.w.t.:
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ
Maksudnya:
“Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya…”.
(Surah al-Furqan: 58)
18) Kaunuhu Sami’an – yakni keadaanNya yang mendengar.
Firman Allah s.w.t.:
وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١١﴾
Maksudnya:
“Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
(Surah asy-Syura: 11)
19) Kaunuhu Basiran – yakni keadaanNya yang melihat.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ بَصِيرٌ ﴿١٩﴾
Maksudnya:
“...Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
(Surah al-Mulk: 19)
20) Kaunuhu Mutakalliman – yakni keadaanNya yang berkata-kata.
Firman Allah s.w.t.:
وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَىٰ تَكْلِيمًا ﴿١٦٤﴾
Maksudnya:
“Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan)”.
(Surah an-Nisa’:164)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment