Waktu-waktu solat fardhu:
1) Zohor – Bermula selepas gelincirnya matahari pada tengah hari
dan habis waktunya ketika panjang bayang-bayang sama panjang dengan orang itu. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
2) Asar – Bermula setelah habis waktu zohor dan habis waktunya
ketika bulatan matahari tidak kelihatan dari pandangan. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
3) Maghrib – Bermula selepas habis waktu Asar dan habis waktunya
ketika hilangnya mega(warna kuning kemerahan) dari langit. Bilangan rakaatnya adalah tiga dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
4) Isya’ – Bermula selepas habis waktu Maghrib dan habis waktunya
ketika muncul cahaya putih dari kaki langit di bahagian timur. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
5) Subuh – Bermula selepas habis waktu Isya’ dan habis waktunya
ketika terbit matahari. Bilangan rakaatnya adalah dua sahaja.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment