P)Jama’ dan Qasar.
Jama’ dan qasar merupakan satu rukhsah(keringanan) untuk menunaikan solat yang diberikan Allah kepada hambaNya yang sedang bermusafir. Ini menunjukkan bahawa solat adalah ibadat yang wajib ditunaikan walau apa keadaan sekalipun, kerana ingin mendidik hambaNya untuk menjadi manusia yang taat, berdisiplin, dan mengajar hambaNya untuk mengingati Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Melihat. Jama’ bermaksud, menghimpunkan dua waktu solat untuk ditunaikan dalam satu waktu atas sebab-sebab tertentu. Manakala qasar pula bermaksud, memendekkan bilangan rakaat solat dari 4 rakaat kepada 2 rakaat dengan sebab-sebab tertentu.
Jumlah hari musafir yang dibenarkan:
1) 3 hari tidak termasuk hari bermulanya dan berakhirnya perjalanan musafir.
2) Sekiranya tidak mengetahui bila urusan akan selesai, maka dibenarkan untuk jama’ dan qasar sehingga 18 hari tidak termasuk hari bermulanya dan berakhirnya perjalanan musafir.
Jama’ terbahagi kepada dua:
1) Jama’ taqdim(awal).
2) Jama’ taakhir(akhir).
Waktu-waktu yang boleh dijama’:
1) Zohor dan ‘Asar.
2) Maghrib dan Isya’.
Bersambung..
No comments:
Post a Comment