Q)Solat Jumaat.
Firman Allah s.w.t.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ
لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا
الْبَيْعَ ۚ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk
mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid)
untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah
berjual beli (pada saat itu)…”.
(Surah al-Jumaat: 9)
Solat Jumaat
merupakan solat yang ditunaikan pada hari Jumaat secara berjemaah dan dibacakan
khutbah oleh seorang khatib sebelum menunaikan solat. Ketika waktu inilah, kita
dapat melihat seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid di kawasan
masing-masing, secara tidak langsung, mereka dapat mendengar peringatan dan
sesuatu yang berilmiah yang disampaikan oleh para khatib, dan juga dapat
mengeratkan ukhwah di antara sesama muslim.
Syarat solat Jumaat ada 6, iaitu:
1) Ditunaikan dalam waktu Zohor.
2) Ditunaikan di dalam binaan, seperti di dalam masjid,
dewan besar, kawasan lapang yang berkhemah, dan sebagainya.
3) Ditunaikan secara berjemaah.
4) Cukup bilangan 40 orang lelaki yang baligh dan
bermastautin.
5) Tidak terdirinya dua jemaah solat Jumaat di dalam 1
kawasan melainkan terdapat sebab yang mengharuskannya.
6) Solat ditunaikan selepas selesai khutbah.
*Cara berniat bagi Imam, “Sahaja
aku menunaikan solat fardhu Jumaat, imam, dua raka’at, kerana Allah Ta’ala”.
*Cara berniat bagi ma’mum,
“Sahaja aku menunaikan solat fardhu Jumaat, mengikut imam, dua raka’at, kerana
Allah Ta’ala”.
No comments:
Post a Comment