Cara-cara menyucikan najis di atas:
1) Najis mughallazoh – Dibuang najis tersebut, dan dicuci
menggunakan 1 kali air tanah dan 6 kali air mutlak.
2) Najis mukhaffafah – Dipercikkan air mutlak ke atas kawasan yang
terkena sehingga hilang zatnya.
3) Najis mutawassitoh – Terbahagi kepada dua, iaitu:
v Najis ‘ainiyyah(jelas) : Sekiranya kelihatan zat, bau, dan warnanya, perlu dicuci menggunakan air mutlak 3 kali dan digosok sehingga hilang zat, bau, dan warnanya.
v Najis hukmiyyah(tidak jelas, tetapi tahu adanya najis) : Sekiranya suatu tempat itu diyakini ada najis, tetapi telah hilang zat, bau dan warnanya, maka memadai dijirus dengan air mutlak.
Sesuatu yang najis tetapi menjadi suci ada empat, iaitu:
1) Arak apabila menjadi cuka dengan semulajadi.
2) Kulit bangkai yang disamak, selain anjing dan babi.
3) Ulat yang muncul pada suatu bangkai.
4) Darah pusat kijang yang menjadi wangian kasturi.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment