Sunat-sunat ketika berwudhu’:
1) Membaca basmalah.
2) Membasuh kedua-dua pergelangan tangan sambil menyilangi jari.
3) Berkumur-kumur.
4) Melakukan dengan tiga kali ulangan.
5) Memasukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya.
6) Mendahulukan sebelah kanan.
7) Bersugi.
8) Menyapu kesemua kepala.
9) Menggosok tangan ketika membasuh tangan.
10) Melebihkan had basuhan pada anggota wudhu’.
11) Berturut-turut.
Perkara yang membatalkan wudhu’:
1) Keluar sesuatu dari qubul atau dubur seperti angin, melainkan air mani.
2) Hilang aqal disebabkan tidur yang tidak tetap punggungnya(baring), atau gila walaupun sekejap, dan sebagainya.
3) Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan mahram yang mumayyiz lagi beraqal, sekiranya tidak berlapik.
4) Menyentuh qubul atau dubur dengan tapak tangan atau tapak jari tangan tanpa berlapik.
Hukum berkenaan meminta tolong orang lain untuk membasuh anggota kita:
1) Harus: Meminta supaya didekatkan air yang jauh dari kita.
2) Khilaful ‘aula(lebih baik menjauhi): Meminta supaya dicucurkan air kepada kita.
3) Makhruh: Meminta orang lain menggosok anggota wudu’ kita sedangkan kita mampu..
4) Wajib: Meminta seseorang membasuhkan anggota wudhu’
kerana lumpuh dan sebagainya.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment