D) Niat.
Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadith yang cukup mahsyur:
إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرىء ما نوى
Maksudnya:
“Sesungguhnya setiap amalan itu dimulakan dengan niat, dan sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan apa yang dia niatkan”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Rukun niat ada dua:
1) Orang yang berniat.
2) Ada ibadat yang ingin diniatkan.
Syarat-syarat berniat:
1) Islam.
2) Mumayyiz.
3) Orang yang berniat tahu apa yang diniatkan.
4) Niat tidak boleh tergantung oleh sesuatu.
5) Bertetapan niat.
Ø Tempat niat adalah di dalam hati.
Ø Waktu berniat adalah ketika awal-awal mengerjakan suatu ibadat itu.
Ø Berlafaz niat sebelum berniat di dalam hati adalah sunat, kerana mempermudahkan seseorang itu untuk menghadirkan niat.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment