Keadaan yang Di Haramkan Solat Tanpa Sebab yang Membolehkan


Keadaan yang diharamkan solat tanpa sebab yang membolehkan:
1)    Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali hari Jumaat.
2)    Ketika matahari kekuningan hingga tenggelam matahari(hampir Maghrib).
3)    Selepas solat Subuh sehingga terbit matahari sekadar satu galah.


Bersambung...

Waktu-Waktu Solat Fardhu



Waktu-waktu solat fardhu:
1)    Zohor – Bermula selepas gelincirnya matahari pada tengah hari
dan habis waktunya ketika panjang bayang-bayang sama panjang dengan orang itu. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
2)    Asar – Bermula setelah habis waktu zohor dan habis waktunya
 ketika bulatan matahari tidak kelihatan dari pandangan. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
3)    Maghrib – Bermula selepas habis waktu Asar dan habis waktunya
ketika hilangnya mega(warna kuning kemerahan) dari langit. Bilangan rakaatnya adalah tiga dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
4)    Isya’ – Bermula selepas habis waktu Maghrib dan habis waktunya
ketika muncul cahaya putih dari kaki langit di bahagian timur. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
5)    Subuh – Bermula selepas habis waktu Isya’ dan habis waktunya
ketika terbit matahari. Bilangan rakaatnya adalah dua sahaja.



Bersambung..

Jenis-jenis Sunat 'Ab'adh

Jenis-jenis sunat ‘ab’adh:
1)    Tasyahhud awal.
2)    Duduk ketika tasyahhud awal.
3)    Selawat dalam keadaan duduk pada tasyahhud awal.
4)    Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. dalam keadaan duduk.
5)    Qunut.
6)    Berdiri ketika membaca qunut.
7)    Salam ke atas Nabi s.a.w. dalam qunut.
8)    Berdiri ketika membaca salam ke atas Nabi s.a.w. dalam qunut.
9)    Selawat ke atas keluarga Nabi s.a.w. ketika qunut.
10)  Selawat ke atas sahabat Nabi s.a.w. ketika qunut.

Bersambung....

Sebab-sebab Sujud Sahwi

Sebab-sebab sujud sahwi:
1)    Meninggalkan sunat ‘ab’adh.
2)    Meninggalkan atau menambahkan rukun dengan tidak sengaja.
3)    Memindahkan rukun qauli pada tempat yang salah.
*Ketika sujud sahwi, sunat membaca: سبحان من لا ينام ولا يسهو
Maksudnya: “Maha suci Allah yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa”.



Bersambung...

Perkara yang Membatalkan Solat


Perkara yang membatalkan solat:
1)    Berlaku hadath.
2)    Terkena najis dengan tidak sengaja pada pakaian, ataupun tempat sujudnya, tetapi dia tidak membuang segera najis itu.
3)    Terbuka ‘aurat ketika solat tetapi hanya membiarkan dengan sengaja.
4)    Bercakap-cakap dengan sengaja.
5)    Makan dengan sengaja walaupun sedikit.
6)    Makan yang banyak walaupun terlupa.
7)    Menggerakkan anggota yang besar tiga kali berturut-turut.
8)    Melompat.
9)    Memukul dengan kuat.
10)  Menambah rukun dengan sengaja.
11)  Mendahului imam dua rukun dengan sengaja.
12)  Ma’mum tertinggal imam dengan 5 rukun tanpa uzur.
13)  Niat solatnya tergantung ataupun berniat untuk memutuskan solat.
14)  Ragu-ragu untuk memutuskan solat.


bersambung...

Tasydid(sabdu) Yang Wajib Dijaga Di Dalam Salam



Tasydid(sabdu) yang wajib dijaga di dalam salam:
1)    السَّلامُ عَلَيْكُم.

Bersambung...

Tasydid(sabdu) Yang Wajib Dijaga Di Dalam Selawat

Tasydid(sabdu) yang wajib dijaga dalam selawat:
1)    اَللَّهُمَّ.
2)    صَلِّى.
3)    مُحَمَّد.

Bersambung...

Tasydid(sabdu) Yang Wajib Dijaga Ketika Tasyahhud Akhir


Tasydid(sabdu) yang wajib dijaga ketika tasyahhud akhir:
1)    التَّحِيَّاتُ.
2)    الصَّلَوَاتُ.
3)    الطَّيِّبَتُ.
4)    لِلَّهِ.
5)    السَّلامُ.
6)    عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ.
7)    وَرَحْمَةُ اللهِ.
8)    السَّلامُ.
9)    عِبَادِ اللهِ.
10)  الصَّلِحِينَ.
11)  أَشْهَدُ اَن لَّا إِلَهَ إِلَّا اللهُ
12)  وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدَ الرَّسُولُ اللهِ.
 

Bersambung...

Syarat-Syarat Ketika Sujud


Syarat-syarat ketika sujud:
1)    Sempurna anggota sujud, iaitu, dahi, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan jari 2 kaki.
2)    Dahi terkena tempat sujud walaupun hanya sebahagian dan hendaklah tidak berlapik dengan sesuatu.
3)    Menekan dahi ketika sujud.
4)    Turun sujud hanya kerana ingin sujud, bukan sebab yang selain ibadat.
5)    Tidak sujud pada tempat yang bergerak.
6)    Bahagian punggung lebih tinggi daripada kepala ketika sujud.
7)    Thoma’ninah ketika sujud.


Bersambung...

Anggota-Anggota Ketika Sujud

Anggota-anggota ketika sujud:
1)    Dahi.
2)    Kedua-dua telapak tangan.
3)    Kedua-dua lutut.
4)    Kedua-dua perut jari-jari kaki(sekurang-kurangnya dua jari).

Perkara Sunat Diangkat Tangan Ketika Solat

Perkara sunat diangkatkan tangan ketika solat:
1)    Ketika takbiratul ihram.
2)    Ketika hendak turun ruku’.
3)    Ketika bangun dari ruku’(i’tidal).
4)    Ketika bangun selepas tasyahhud awal.

Tasydid(sabdu) Yang Wajib Dijaga Didalam al-Fatihah


Tasydid(sabdu) yang wajib dijaga ketika al-Fatihah:
1)    بِسْمِ اللَّهِ.
2)    الرَّحْمَـٰنِ.
3)    الرَّحِيمِ.
4)    الْحَمْدُ لِلَّهِ.
5)    رَبِّ.
6)    الرَّحْمَـٰنِ.
7)    الرَّحِيمِ.
8)    الدِّينِ.
9)    إِيَّاكَ.
10)  وَإِيَّاكَ.
11)  الصِّرَاطَ.
12)  الَّذِينَ.
13)  الضَّالِّينَ.

*sekiranya tidak sempurna tasydid ketika al-Fatihah, maka hendaklah dia mengulangi semula ayat itu, atau dia mengenal pasti bacaannya tidak betul setelah selesai bacaan hendaklah dia mulakan dari awal. 


Bersambung...

Syarat-Syarat Sah Ketika Membaca al-Fatihah(bab 2)


Sambungan...

6)    Jangan berhenti walaupun sekejap tanpa sebab.
7)    Jangan sengaja membaca al-Fatihah dengan salah.
8)    Membaca al-Fatihah ketika berdiri dalam solat fardhu bagi yang mampu.
9)    Pembaca mendengar seluruh huruf yang dibacanya.
10)    Tidak diselangi perkataan lain dengan sengaja ketika
membacanya.

Bersambung..

Syarat-Syarat Sah Ketika Membaca al-Fatihah

Syarat-syarat sah ketika membaca al-Fatihah:
1)    Tertib – Mengikut sususan ayat seperti dalam al-Quran.
2)    Berturut-turut antara setiap ayat.
3)    Mengambil berat pada segala huruf, iaitu pada melafazkan makhraj huruf.
4)    Mengambil berat segala tasydid(sabdu).
5)    Jangan berhenti lama di antara ayat melainkan ada sebab.

Bersambung...

Syarat Sah Takbiratul Ihram(bab 3)

Sambungan....

11)    Segala sebutan Takbiratul Ihram hendaklah didengari oleh
penyebutnya.
12)    Hendaklah dalam waktu yang dibolehkan solat.
13)    Menghadap kiblat.
14)    Jangan merosakkan atau tidak menyebut satu huruf dari kalimah
Allahuakbar الله اكبر.
15)    Dalam solat berjemaah, ma’mum hendaklah berTakbiratul
Ihram  selepas daripada imam selesai berTakbiratul  Ihram.

Bersambung...

Syarat Sah Takbiratul Ihram(bab 2)

Sambungan....
6)    Tidak memanjang huruf ba( ب ) pada lafaz “Akbar” seperti, “Akbaaar”, hukumnya tidak sah.
7)    Tidak mentasydidkan(mensabdukan) hurud ba( ب ) pada lafaz “Akbar”.
8)    Hendaklah membaca huruf ra( ر ) dengan sukun(mati) seperti, Allahuakbar “ اللهُ اَكْبَرْ .
9)    Tidak menambahkan huruf wau ( و )sebelum lafaz “Jalallah” seperti, wallahuakbar والله اكبر .
10)    Berturut-turut antara dua kalimah takbir dan tidak berhenti
di antara lafaz “Jalallah” dan “Akbar”.


Bersambung...

Syarat Sah Takbiratul Ihram(bab 1)



Syarat-syarat sah Takbiratul Ihram:
1)    Berdiri(bagi yang mampu).
2)    Di dalam kalimah bahasa ‘arab.
3)    Menyebut lafaz “Jalallah” dan disusuli “Akbar”, seperti Allahuakbar الله اكبر.
4)    Tertib ketika menyebut lafaz “Jalallah” dan “Akbar”.
5)    Tidak memanjangkan huruf alif( ا ) pada permulaan lafaz “Jalallah” seperti, “Aaaaallah”, hukumnya tidak sah.


Bersambung...

Keadaan yang Menguzurkan Seseorang Daripada Solat


Keadaan yang menguzurkan seseorang daripada solat(tetapi wajib mengqadhanya:
1)    Ketiduran.
2)    Terlupa kerana kesibukan yang dimaafkan.

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}