Waktu-Waktu Solat Fardhu



Waktu-waktu solat fardhu:
1)    Zohor – Bermula selepas gelincirnya matahari pada tengah hari
dan habis waktunya ketika panjang bayang-bayang sama panjang dengan orang itu. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
2)    Asar – Bermula setelah habis waktu zohor dan habis waktunya
 ketika bulatan matahari tidak kelihatan dari pandangan. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
3)    Maghrib – Bermula selepas habis waktu Asar dan habis waktunya
ketika hilangnya mega(warna kuning kemerahan) dari langit. Bilangan rakaatnya adalah tiga dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
4)    Isya’ – Bermula selepas habis waktu Maghrib dan habis waktunya
ketika muncul cahaya putih dari kaki langit di bahagian timur. Bilangan rakaatnya adalah empat dan selepas dua rakaat pertama, diselangi dengan tasyahhud awal.
5)    Subuh – Bermula selepas habis waktu Isya’ dan habis waktunya
ketika terbit matahari. Bilangan rakaatnya adalah dua sahaja.



Bersambung..
Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}