Syarat-Syarat Ketika Sujud


Syarat-syarat ketika sujud:
1)    Sempurna anggota sujud, iaitu, dahi, 2 telapak tangan, 2 lutut, dan jari 2 kaki.
2)    Dahi terkena tempat sujud walaupun hanya sebahagian dan hendaklah tidak berlapik dengan sesuatu.
3)    Menekan dahi ketika sujud.
4)    Turun sujud hanya kerana ingin sujud, bukan sebab yang selain ibadat.
5)    Tidak sujud pada tempat yang bergerak.
6)    Bahagian punggung lebih tinggi daripada kepala ketika sujud.
7)    Thoma’ninah ketika sujud.


Bersambung...

6 comments:

fazesoffaith said...

assalam..nk tanya..kenapa anggota sujud yang lain boleh berlapik tetapi dahi tidak boleh berlapik...mohon supaya memberikan jawapan yg logik dan berdalil

Unknown said...

wassalam..

alhamdulillahi wassolatu wassalam 'ala Rasulillah..

1)agama Islam adalah agama yang diturunkan oleh Yang Maha Bijaksana, kepada Baginda s.a.w. yang bijak memahami keinginan Allah..
dan muncul para ulama'2 yang mewarisi Baginda s.a.w. yang mempelajari ilmu secara bersalasilah(sanad) sampai kepada Baginda s.a.w. serta mempunyai kebijaksaan memahami setiap hadith Baginda s.a.w. serta mengeluarkan hukum dari setiap hadith yang berkaitan dengan fiqh(syari'at)..
telah berkata Imam 'Ali r.a.:
"Agama bukanlah difahami dengan aqal(semata-mata), kalau agama(syari'at) difahamai dengan aqal, nescaya sapuan khuf itu di bahagian tapak, bukannya atas".

2)
dahi adalah anggota sujud yang wajib terkena pada tempat sujud dan termasuk dalam hadith Baginda s.a.w. berkenaan anggota sujud, "Aku diperintahkan untuk sujud diatas tujuh anggota, iaitu dahi, dua telapak tangan, dua lutut, dan dua kaki".

maka, ulama'2 mazhab syafi'e mengatakan bahawa sujud adalah bahagian yang wajib terkena di tempat sujud(tanpa berlapik) kerana tiada perbuatan Baginda s.a.w. sedemikian, begitu juga para sahabat r.a. melainkan dalam beberapa hadith yang mengatakan para sahabat sujud di atas pakaian mereka kerana tanah terlampau panas ketika cuaca panas terik..
maka dijelaskan disini bahawa para sahabat bukanlah sujud diatas pakaian yang bergerak mengikut badan, akan tetapi para sahabat meletakkan pakaian mereka untuk melapik dahi dari tanah yang panas itu, dan pakaian itu tidak mengikut pergerakan ketika solat..

berbeza pula dengan anggota sujud yang lain, seperti telapak tangan, lutut, dan telapak jejari kaki..
dan lutut pula, tidak boleh terdedah ketika sujud, ataupun menyingkap kain agar lutut terkena tempat sujud(dalam keadaan terdedah), kerana lutut itu sebahagian dari aurat yang wajib ditutup..

*dicadangkan agar saudara mencari guru dalam agama, bukan hanya membaca buku mahupun bertanya@membaca melalui internet..kerana berkata ulama', "barang siapa yang membaca tanpa berguru, maka gurulah syaitannya."
dan, "barang siapa yang membaca tanpa guru, maka dia akan terhijab dari kefahaman(yang benar)"

allahua'lam bis sowab...

Anonymous said...

kalau kite sujud,pastu kite garu anggota badan yang gatal dengan tangan, sah tak sujud tu?

Unknown said...

bismillahi~

alhamdulillahi wassolatu wassalam 'ala rasulillah..

kalau sujud kemudian garu anggota badan yang gatal, tetapi cuma menggaru menggunakan jari(anggota kecil), dan tangan tidak bergerak, maka tetap sah sujudnya dengan syarat dia telah toma'ninah dalam sujudnya..

akan tetapi sekiranya tanganya bergerak sama, melebihi tiga kali pergerakan..maka batallah sujudnya serta solatnya..

allahua'lam~

Anonymous said...

Assalamualaikum,( Dahi terkena tempat sujud WALAUPUN HANYA SEBAHAGIAN dan hendaklah tidak berlapik dengan sesuatu)adakah boleh sujud dengan dahi walaupun separuh dahi dan bukan keseluruhan dahi tanpa ada apa apa benda yg berlapik.sebab kat sini di tulis
(WALAUPUN HANYA SEBAHAGIAN)dan macam mana pula kalau sedikit je bahagian dahi yang tersentuh di tempat sujud tapi tanpa berlapik dengan benda yang bergerak bersama semasa solat

Unknown said...

waalaikumussalam..
maaf kerana lambat membalas..jawapannya adalah ya, sujud adalah sah sekiranya terkena sebahagian daripada dahi, dan tidak disyaratkan ketika sujud untuk terkena keseluruhan dahi..
akan tetapi sekiranya terlalu sedikit bahagian yang terkene tempat sujud, maka tidak sah pula..
Allahua'lam..

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}