Jenazah Dan Hukum Berkaitannya(bahagian 2)


Rukun solat jenazah:
1)    Niat ketika Takbiratul Ihram dengan cara, “Sahaja aku menunaikan solat ke atas jenazah ini empat kali takbir, fardhu, kerana Allah”.
2)    Bertakbir 3 kali selepas Takbiratul Ihram.
3)    Berdiri bagi yang mampu.
4)    Membaca al-Fatihah selepas Takbiratul Ihram.
5)    Membaca selawat ke atas Baginda s.a.w. pada takbir kedua.
6)    Berdoa kepada si mati pada takbir ketiga.
7)    Memberi salam.
*Ketika solat jenazah, sekiranya mayyit, maka hendaklah imam tersebut berdiri di setentang dengan kepala mayyit. Manakala sekiranya mayyitah, maka hendaklah imam berdiri setentang dengan tengah-tengah mayyitah tersebut.

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}