Syarat-Syarat Mengikut Imam


Syarat-syarat mengikut imam:
1)    Yakin imam sah solatnya.
2)    Tidak beri’tiqad imam itu wajib mengqadakan semula solatnya.
3)    Imam yang diikuti itu tidak menjadi ma’mum kepada yang lain pada waktu yang sama.
4)    Imam mestilah tahu membaca al-Quran dengan betul dan bertajwid.
5)    Ma’mum tidak mendahului perbuatan imam ketika solat.
6)    Ma’mum tahu pergerakan-pergerakan imam ketika solat.
7)    Jarak antara imam dan ma’mum tidak lebih sekurang-kurangnya 300 hasta.
8)    Ma’mum hendaklah berniat mengikut imam.
9)    Ma’mum yang mengikut imam hendaklah solat yang mempunyai bilangan rakaat yang lebih atau sama dengan imam.
10)  Bersamaan aturan antara imam dan ma’mum.
11)  Tidak menyalahi imam pada perbuatan sunat.
12)  Ma’mum hendaklah mengikut imam.


Bersambung..

2 comments:

Anonymous said...

apakah maksud (MA'MUM HENDAKLAH MAENGIKUT IMAM)adakah makmum perlu segera mengikut imamjika bacaan al fatihah nya belum habis lagi?atau macam mana,boleh terangkan dengan lebih jelas lagi.

Unknown said...

maksud, ma'mum hendaklah mengikut imam adalah;
seseorang ma'mum tersebut tidak boleh menyalahi seseorang imam. contohnya, imam melakukan sujud sahwi, maka ma'mum juga perlu sujud sahwi.

sekiranya persoalan saudara tentang bacaan al-fatihah seseorang ma'mum, terbahagi kepada dua, ma'mum masbuk dan ma'mum muwafik..

ma'mum muwafik ialah ma'mum yang sempat mengangkat takbiratul ihram bersama imam, atau lewat sedikit dari imam..sekiranya ma'mum tersebut ketegori ini, maka dia wajib menghabiskan bacaan surah al-fatihahnya dengan syarat dia tidak ketinggalan imam pada sujud yang pertama imam itu. sekiranya dia tidak sempat juga menghabiskan kerana bacaannya terlalu perlahan(slow motion), maka apabila imam duduk diantara dua sujud, dia perlu duduk bersama imam walaupun bacaan al-fatihahnya tidak habis. kemudian setelah imam memberikan salam, dia perlu menambah 1 lg rakaat. sekiranya dia tetap meneruskan untuk menghabiskan al-fatihahnya sedangkan imam telah sujud kali kedua, maka solatnya batal dan itu bermakna dia menyalahi imam.

sekiranya ma'mum tersebut diketegorikan dalam ma'mum masbuk, iaitu ma'mum yang telah terlewat mengangkat takbir sedangkan imam sudah lama mengangkat takbir, maka apabila imam rukuk sedangkan dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-fatihahnya, maka perlulah ma'mum tersebut mengikut imam tersebut kerana itu keringanan bagi ma'mum masbuk dan tidak perlu menambah lagi rakaat(sekiranya cukup bilangan rakaatnya). akan tetapi sekiranya dia cuba juga untuk menghabiskan al-fatihah sedangkan imam telahpun bangkit dari rukuk(dan dia tidak dapat rukuk bersama imam), maka dia perlu menambahkan 1 lagi rakaat(sebagai gantian) kerana rukuk yang tidak bersama imam tadi itu tidak dikira.

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}