Air dan Bahagiannya(bab 1)



C)   Air dan bahagiannya.
Air adalah medium paling utama di dalam kehidupan seharian. Air amat diperlukan oleh tubuh, digunakan manusia untuk membasuh, menghilangkan najis, dan sebagainya. Oleh kerana itu, Islam ada menyentuh hukum berkenaan air supaya manusia dapat membezakan air yang bersih dan kotor, yang mana boleh digunakan untuk ibadat, dan yang mana tidak.

Air terbahagi kepada 7 jenis iaitu:
1)    Air hujan.
2)    Air salji.
3)    Air embun.
*ketiga-tiga air ini diketegorikan sebagai air dari langit.
4)    Air mata air.
5)    Air telaga.
6)    Air sungai.
7)    Air laut.
*keempat-empat air ini diketegorikan sebagai air dari bumi.

Secara umumnya air ini terbahagi kepada dua iaitu:
1)    Air yang kurang daripada dua kolah.
2)    Air yang kandungannya dua kolah ataupun lebih.
Ø Adapun ukuran dua kolah itu adalah bersamaan 13 tin biskut yang bersaiz besar, ataupun 1 ¼ hasta orang dewasa yang saiznya seperti orang ‘arab, ataupun seukuran dengannya.

Mengetahui kandungan air itu samada mencukupi dua kolah ataupun kurang, adalah penting ketika kita menggunakan air itu. Ini kerana terdapat perbezaan hukum antara kedua-dua air itu sekiranya digunakan. Contohnya, sekiranya seseorang itu berwuduk dengan menggunakan air yang kurang daripada dua kolah, akan tetapi air basuhan wuduknya yang wajib itu tertitis ke dalam bekas yang mengandungi air yang digunakan, maka air itu kemudiannya tidak boleh digunakan lagi untuk basuhan anggota wuduk yang lain kerana telah bertukar hukum air tersebut. Adapun sekiranya dia berwuduk dengan air yang lebih daripada dua kolah, air tetap boleh digunakan olehnya untuk basuhan anggota wuduk lain kerana air tersebut masih lagi suci melainkan terdapat beberapa perkara lain yang merubah warna atau bau ataupun rasa air tersebut.



Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}