Perkara yang Mewajibkan Mandi



F)   Perkara yang mewajibkan mandi.
Agama Islam menitik beratkan kebersihan pada diri setiap muslim, oleh kerana itu, Islam mewajibkan setiap muslim untuk membersihkan dirinya dengan mandi sekiranya mengalami keadaan tertentu. Sekiranya muslim itu mengalami keadaan di bawah ini, maka diwajikan mandi kerana untuk menghilangkan hadath besar(kekotoran besar). Mandi wajib menurut istilah bermaksud mengalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan dengan niat yang tertentu.
Firman Allah s.w.t.:
وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ
Maksudnya:
“....Dan sekiranya kamu semua berjunub, maka bersihkanlah(dengan mandi)...”.
(Surah al-Maedah: 6)

Terdapat enam perkara yang mewajibkan mandi, iaitu:-
1)    Apabila masuknya zakar sekadar bahagian yang terpotong(yang dikhatankan) ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
2)    Keluar air mani.
3)    Keluar haid.
4)    Keluar nifas, iaitu darah selepas wanita bersalin.
5)    Keluar wiladah, iaitu darah yang keluar mengiringi anak ketika bersalin.
6)    Mati melainkan mati syahid.

Fardhu mandi wajib ada 2:
1)    Niat.
* Cara berniat mandi wajib ialah, “Sahaja aku mengangkat hadath besar, kerana Allah Ta’ala”, atau “Sahaja aku mandi wajib, kerana Allah Ta’ala”, ataupun seerti dengannya.
2)    Meratakan air ke seluruh bahagian tubuh badan.

Antara perkara yang menyunatkan mandi, iaitu:
1)    Sebelum keluar ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
2)    Sebelum keluar untuk menunaikan solat ‘Aid
3)    Untuk menunaikan solat Istisqaq(meminta hujan)
4)    Ketika sempurna gerhana matahari atau bulan.
5)    Orang kafir yang memeluk Islam.
6)    Orang yang pulih dari penyakit gila ataupun pengsan.
7)    Orang yang memandikan jenazah.
8)    Orang yang ingin memasuki kota Makkah.



Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}