Tayammum(bab 1)



I)   Tayammum.
Tayammum ialah mengangkat hadath kecil dengan menggunakan debu ketika ketiadaan air dalam suatu kawasan ataupun kerana sebab-sebab yang tertentu. Tayammum dari sudut istilah ialah, menggunakan debu yang suci bagi menggantikan air dengan niat, sapuan dan tertib yang tertentu.
Firman Allah s.w.t.:
وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ ۚ
Maksudnya:
“...Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu…”.
(Surah al-Maedah: 6)

Sebab-sebab tayammum ialah:
1)    Ketiadaan air(setelah berusaha mencari sekitar 2.5 kilometer).
2)    Sakit yang tidak boleh terkena air.
3)    Terdapat orang atau binatang(selain anjing dan babi) yang dihormati, berhajat kepada air yang akan digunakan untuk wudu’.
v Haram memberi air kepada sesuatu yang tidak dihormati menurut syari’at, iaitu:
1)    Orang yang meninggalkan solat dan tidak mengqadakannya.
2)    Orang yang berzina walaupun setelah berkahwin.
3)    Orang yang murtad.
4)    Kafir harbi.
5)    Anjing yang ganas atau gila.
6)    Khinzir.

Syarat-syarat tayammum ada 9, iaitu:
1)    Menggunakan debu tanah.
2)    Debu yang suci(debu mutlak).
3)    Tidak bercampur debu dengan tepung atau seumpamanya.
4)    Memang berhajat kepada tayammum.
5)    Menyapu tangan dan muka dengan dua tepukan.
6)    Hilangkan najis pada tempat yang perlu tayammum.
7)    Mengadap kiblat, atau berijtihad sekiranya tidak tahu arahnya.
8)    Bertayammum selepas masuk waktu solat yang ingin dikerjakan.
9)    Bertayammum pada setiap solat fardhu, melainkan solat sunat.



Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}