Wudhu' (bab 1)



G)   Wudhu’.
Wudhu’ juga merupakan antara ibadat yang bercirikan kebersihan. Ia juga merupakan ibadat yang mudah untuk diamalkan dan mempunyai fadhilat yang cukup besar. Wudhu’ menurut istilah ialah, membasuhkan beberapa anggota tertentu dengan niat dan tertib tertentu.

Firman Allah s.w.t.:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ۚ
Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki…”.
(Surah al-Maedah: 6)
  
Syarat-syarat sah wudhu’:
1)    Islam.
2)    Mumayyiz
v Antara ciri kanak-kanak itu mumayyiz adalah tahu membezakan perkara yang baik atau buruk, tahu menjaga aurat dan ‘aib, membezakan antara bersih dan kotor.
3)    Suci daripada haid, dan nifas.
4)    Bersih daripada sesuatu yang menghalang air mengenai kulit.
5)    Anggota wudu’ mestilah bersih daripada sebarang perkara yang mengubahkan air ketika berwudu’.
6)    Mengetahui segala fardhu wudu’.
7)    Tidak meng’iktiqad atau tertukar perkara yang wajib itu menjadi sunat.
8)    Menggunakan air yang suci lagi menyucikan(air mutlak).
9)    Mengalirkan air pada anggota wudu’(yang perlu dialirkan).
10)           Tiada pergantungan niat ketika berwudu’.
v Contohnya: seseorang itu berniat, “Aku mengambil wudu’ ini kerana Allah Ta’ala sekiranya aku tidak sakit perut”. Maka tidak sah wudu’nya walaupun dia tidak sakit perut selepas itu.
  
Fardhu wudhu’ ada enam perkara, iaitu:
1)    Niat ketika air mengenai muka.
* Cara berniat ketika mengambil wudu’ ialah, “Sahaja aku mengangkat hadath kecil, kerana Allah Ta’ala”, atau “Sahaja aku mengambil wudu’, kerana Allah Ta’ala”, ataupun seerti dengannya.
2)    Membasuh muka.
3)    Membasuh kedua-dua tangan bermula hujung jari hingga ke siku.
4)    Menyapu sedikit sebahagian kepala.
5)    Membasuh kedua-dua kaki bermula hujung jari hingga ke atas buku lali.
6)    Tertib.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}