Air dan Bahagiannya(bab 2)


Hukum-hukum berkaitan air:-

Air terbahagi kepada beberapa hukum dan istilahnya iaitu:
1)    Air mutlak.
Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan yang lain.
Semua air adalah air mutlak melainkan terdapat perkara yang mendatang yang mengubah akan hukumnya.
Adapun air mutlak boleh digunakan untuk:
Ø Mengangkat hadath kecil seperti wuduk.
Ø Mengangkat hadath besar seperti mandi wajib.
Ø Menghilangkan najis.
*Air mutlak, yang menerima perubahan semulajadi, tetap akan menjadi mutlak.
2)    Air musyammas.
Air musyammas ialah air yang suci lagi menyucikan, akan tetapi makhruh digunakan kerana air ini boleh memudaratkan kulit si pengguna. Air mutlak bertukar menjadi air musyammas apabila air yang di dalam sesuatu bekas, selain bekas emas dan perak, terkena sinaran matahari yang terik dan berubah suhunya.
3)    Air Mustakmal.
Air mustakmal adalah air yang suci, tetapi tidak boleh digunakan untuk menyucikan. Contohnya seperti, air kurang dua kolah, yang telah bercampur dengan titisan air wuduk, maka air itu tidak lagi boleh digunakan untuk membasuh anggota wuduk yang lain. Adapun air mustakmal, sekiranya ditambah air mutlak yang lain menjadikannya menyamai atau melebihi dua kolah, maka hukum air tadi berubah kembali kepada air mutlak dan boleh digunakan lagi untuk bersuci dan mengangkat hadath.
4)    Air Mutaghaiyyir.
Air mutaghaiyyir ialah air yang suci bercampur dengan sesuatu yang suci dan tidak lagi boleh dipisahkan. Contohnya seperti air kopi, air teh, dan sebagainya. Air dalam kategori ini tidak boleh digunakan untuk menghilangkan hadath.
5)    Air mutannajis.
Air mutannajis adalah air yang telah bertukar menjadi air najis. Air ini tidak suci dan tidak boleh digunakan untuk menyucikan yang lain dan hukumnya haram digunakan untuk bersuci. Ini kerana air ini telah bercampur dengan perkara yang kotor, yang membahayakan kesihatan penggunanya.

Kesimpulan daripada 5 bahagian air ini adalah, air mutlak dan air musyammas boleh digunakan untuk taharah(bersuci). Manakala air mustakmal, hanya boleh digunakan apabila air itu ditambah hingga menyamai atau melebihi dua kolah. Air mutaghaiyyir dan air mutannajis tidak boleh digunakan untuk bersuci bahkan air mutannajis, haram digunakan sama sekali.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}