Pengenalan Fiqh Asasi


  

Bab 3
{Bahagian Fiqh Asasi}
(Berdasarkan Mazhab Syafi’e R.H)


  
            Setelah kita mengetahui akan segala rukun Islam dan Iman yang wajib diketahui dan diamalkan oleh setiap muslim yang baligh lagi berakal, perlu juga muslim itu tahu akan bahagian fiqh yang asas, iaitu bahagian hukum yang berkaitan ibadat yang wajib. Ini kerana ibadat itu penting sebagai lambang kehambaan manusia terhadap Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t.

            Dengan mengetahui ilmu berkenaan ibadat yang kita lakukan, kita akan menunaikan ibadat itu dengan penuh keyakinan dan mengesahkan suatu ibadat yang kita lakukan. Misalnya si hamba kepada tuannya, apabila si hamba itu menunaikan tuntutan si tuannya mengikut apa yang dikehendaki oleh si tuannya itu, maka si hamba itu telah menunaikan pekerjaannya itu dengan cara yang betul yang dikehendaki oleh si tuannya itu dan mendapat keredhaannya.

*Istilah-istilah yang digunakan ulama’ berkenaan hukum:
1)    Fardhu   -  Perkara yang perlu ditunaikan oleh setiap hamba yang                    cukup syaratnya  dan berdosa sekiranya meninggalkannya. Contohnya: solat lima waktu, puasa ramadhan dan lain-lain.
2)    Wajib   -  Sama ertinya dengan fardhu.
3)    Mandub(sunnah)   -   Perkara yang digalakkan untuk kita lakukan. Berpahala jika melakukan, tidak berdosa jika meninggalkannya. Contohnya: melakukan sesuatu perkara yang disukai Nabi Muhammad s.a.w.
4)    Harus  -   Perkara yang tidak berpahala jika melakukan, tidak berdosa jika ditinggalkan. Contohnya: makan, minum, tidur dan sebagainya.
v Akan tetapi, hukum harus ini boleh berubah mengikut keadaan tertentu. Contohnya: dari harus kepada wajib, apabila meninggalkan makan hingga memudaratkan kesihatan, maka seseorang itu wajib makan untuk menyelamatkan dirinya. Ataupun harus kepada sunat, apabila makan, berniat mengikut Rasulullah S.A.W. dan untuk ibadah.
5)    Makruh   -   Perkara yang digalakkan untuk meninggalkan. Contohnya: makan sambil berjalan.

6)    Haram   -   Perkara yang berdosa jika dilakukan, berpahala jika ditinggalkan.
        Contohnya: meninggalkan minum khamar kerana takutkan
        Allah.


Para ulama’ menggunapakai istilah seperti ini untuk memudahkan kepada para penuntut mengetahui akan bahagian-bahagian dan hukum akan sesuatu perkara itu.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}