Istihadhah(Bab 1)



M)   Istihadhah.
Istihadhah ialah darah penyakit yang keluar kerana ketidak seimbangan hormon seseorang wanita, ataupun disebabkan penyakit dan juga pengaruh psikologi. Ia merupakan bab yang paling rumit dalam fiqh menurut para ulama’, kerana masalah ini sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan seseorang wanita. Akan tetapi, kebanyakan wanita tidak tahu untuk membezakan istihadhah yang berlaku ketika haid atau nifas. Walaupun darah istihadhah keluar atas sebab-sebab tertentu, wanita yang tahu dan mengenal pasti darah istihadhah itu tetap wajib menunaikan solat, dan ibadah-ibadah yang lain. Istihadhah boleh berlaku ketika suci atau ketika haid, ataupun selepas nifas. Masalah berkaitan istihadhah ini cukuplah meluas, dan di sini hanya menerangkan masalah istihadhah yang menjadi kebiasaan sahaja.

Ketika haid:
v    Darah yang keluar itu mestilah cukup kiraan 24 jam ataupun
ke atas, sehinggalah diyakini berhenti haid tersebut. Sekiranya kiraan darah haid yang keluar tidak mencukupi 24 jam, maka ianya adalah istihadhah.
v    Ketika haid, apabila berlakunya perubahan warna darah yang keluar, berbeza dengan warna darah sebelum itu, maka menandakan haidnya itu telah habis, dan darah yang keluar selepas itu adalah istihadhah.
v    Sekiranya haid seseorang itu lama, mencapai 15 hari 15 malam, maka darah yang keluar selepas itu adalah istihadhah.
v    Sekiranya, seseorang itu telah mengalami haid dan suci darinya, tiba-tiba selang beberapa hari yang kurang dari bilangan hari suci tersebut, keluar lagi darah. Maka darah itu adalah istihadhah. Haid tidak akan berlaku 2 kali dalam 1 bulan.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}