Solat(Bab 5)

...Sambungan

14)       Membaca tasyahhud akhir.
Bacaan tasyahhud akhir adalah wajib, bacaannya adalah:
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله, السلام عليك أيها النبي ورحمة الله و  بركاته, السلاو علينا وعلى عباد الله الصالحين, أشهد أن لاإله إلاالله و اشهد أن محمدا رسول الله
Maksudnya: “Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah”.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ibn ‘Abbas r.a.:
كان رسول اللّه صلى الله عليه وسلم يعلِّمنا التشهد كما يعلمنا القرآن، وكان يقول: "التحيات المباركات الصلوات الطيبات للّه، السلام عليك أيها النبي ورحمة اللّه وبركاته، السلام علينا وعلى عباد اللّه الصالحين، أشهد أن لا إله إلا اللّه، وأشهد أنَّ محمداً رسول اللهّ"
Maksudnya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. mengajarkan kami berkenaan tasyahhud sebagaimana mengajarkan kami al-Quran, “Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah””.
(Riwayat Abu Daud)
*Ketika membaca, “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah”, maka disunatkan untuk mengangkat sedikit jari telunjuk tangan kanan.
*Dan disunatkan juga apabila menyebut nama Baginda s.a.w. ketika tasyahhud, dan juga selainnya, dengan menambah perkataan “سيدنا yang bermaksud, “penghulu kami”. Ini adalah sebahagian adab kita apabila menyebut nama Baginda s.a.w.
*Cara duduk tasyahhud akhir ialah, punggung duduk di atas lantai sementara kaki kiri dilipatkan ke kanan, serta kaki kanan juga dilipat ke kanan dan ditegakkan.

15)       Duduk ketika membaca tasyahhud akhir.

16)       Membaca selawat kepada Baginda s.a.w.
Cara selawatnya adalah:    اللهم صلى على سيدنا محمد
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sampaikanlah selawat ke atas penghulu kami Muhammad”.
*Setelah itu, sunat membaca selawat ke atas keluarga Baginda s.a.w. dengan:   وعلى آل سيدنا محمد
Maksudnya: “Dan juga ke atas keluarga penghulu kami, Muhammad”.
Dan sunat diteruskan dengan selawat Ibrahimiyah iaitu:
كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”.

Sabda Baginda s.a.w. dalam mengajarkan selawat ke atasnya dan keluarga Baginda s.a.w.:
قال قولوا اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد
Maksudnya:
“Berkata Baginda, “katakanlah: “Wahai Tuhanku, sampaikanlah selawat ke atas Muhammad, dan juga ke atas keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}