Solat(Bab 3)

sambungan...

5)    Ruku’.
Ketika ruku’, disunatkan untuk kita membaca sebagaimana yang telah diajarkan Baginda s.a.w., iaitu:
إذا ركع قال: "سبحان ربي العظيم وبحمده" ثلاثاً،
Maksudnya:
“Sekiranya ruku’, berkata(Baginda): “Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung, dan segala kepujian kepadaNya, tiga kali….””.
(Riwayat Abu Daud)

*Cara ruku’ adalah, apabila bertakbir dan turun untuk ruku’, maka kedua-dua telapak tangan memegang kedua-dua lutut, meluruskan bahagian belakang badan, dan kepala selari dengan badan(tidak menunduk dan mengangkat).

6)    Thoma’ninah pada ruku’.

7)    I’tidal(berdiri tegak sekejap setelah ruku’).
Ketika bangkit untuk I’tidal, maka sunat membaca: سمع الله لمن حمده
Maksudnya: Allah mendengar pujian orang yang memujinya”.
Kemudiannya ketika berdiri tegak, sunat membaca: ربنا ولك الحمد
Maksudnya: Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian”.
*Ketika berdiri I’tidal, tangan dilepaskan bebas(tidak seperti selepas berTakbiratul Ihram).
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah r.a.:
فلما ركع كبر فلما رفع رأسه قال سمع الله لمن حمده ، ثم قال ربنا ولك الحمد ثم سجد وكبر
Maksudnya:
“…Maka kemudiannya(Baginda) ruku’ berserta takbir, maka kemudiannya mengangkat kepala(bangkit dari ruku’) sambil berkata, “Allah mendengar kepada sesiapa yang memujinya”, kemudian berkata, “Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian”, kemudiannya sujud sambil bertakbir…”.
(Riwayat ad-Daraamiy)

Dan daripada Sayyidina Anas ibn Malik r.a.:
وإذا قال: سمع الله لمن حمده، فقولوا: ربنا ولك الحمد
Maksudnya:
Dan apabila dikatakan, “Allah mendengar kepada sesiapa yang memujiNya”, maka katakanlah, “Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian””.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

8)    Thoma’ninah pada I’tidal.


bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}