Solat(Bab 1)



O)   Solat.
Firman Allah s.w.t.:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾
Maksudnya:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.
(Surah adz-Dzariyat: 56)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت
 Maksudnya:
“Islam itu dibina atas lima perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji”.
(Riwayat Ibn Hibban)
Sabda Baginda s.a.w. lagi:
وصلوا كما رأيتموني أصلي
Maksudnya:
“...Dan solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat...”
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Solat adalah ibadat yang paling agung kerana solat diperintahkan Allah kepada Rasulullah ketika berlakunya mi’raj Baginda s.a.w. Kita diperintahkan untuk menunaikan hanya 5 waktu solat sehari semalam, dan ibadat solat juga mengandungi pelbagai hikmah dan faedah terhadap diri kita. Solat juga amat besar tanggungjawabnya sehinggakan solat di ibaratkan sebagai tiang agama seseorang muslim. Solat dari segi bahasa bermaksud, do’a dan dari segi istilah bermaksud, beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu  dan niat yang tertentu.

Syarat-syarat untuk menunaikan solat:
1)    Suci daripada hadath kecil dan besar.
2)    Bersih daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan pada pakaian, tempat sujud, dan badan.
3)    Menutup aurat.
4)    Menghadap kiblat.
5)    Masuk waktu solat dengan yakin ataupun sekadar zhan.
6)    Mengetahui fardhu-fardhu solat.
7)    Jangan beri’tiqad sesuatu yang wajib itu sebagai sunat.
8)    Menjaga diri daripada perkara yang membatalkan solat.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}