Solat(Bab 4)

...Sambungan

9)    Sujud – Hendaklah sempurna anggota sujud menyentuh
tempat sujud.
Ketika sujud, disunatkan untuk kita membaca sebagaimana yang telah diajarkan Baginda s.a.w., iaitu:
وإذا سجد قال: "سبحان ربي الأعلى وبحمده" ثلاثاً
Maksudnya:
“Dan sekiranya sujud, berkata(Baginda): “Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya””.
(Riwayat Abu Daud)

10)       Thoma’ninah pada sujud.
11)       Duduk antara dua sujud.
Sunat membaca ketikanya:
اللهم اغفرلى و ارحمنى و ارزقنى و اهدينى و عافنى و اعفوعنى
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, ampunkan daku, dan rahmatilah daku, dan kurniakan rezeki kepadaku, dan kurniakan hidayahMu kepadaku, dan kurniakan kesihatan kepadaku, dan ampunilah daku”.

Do’a ini berpandukan kepada beberapa hadith Baginda s.a.w., iaitu:
وكان إذا رفع رأسه من السجدة قال رب اغفر لي وارحمني واجبرني وارفعني وارزقني واهدني
Maksudnya:
“..Dan adalah ketika Baginda mengangkat kepala daripada sujud, Baginda berkata, “Tuhanku, ampunilah daku, dan rahmatilah daku, dan perbaikilah daku, dan angkatlah darjat daku, dan kurniakanlah ku rezeki, dan kurniakanlah ku hidayah””.
(Riwayat Imam Baihaqi)

اللهم اغفر لي وارحمني واهدني واجبرني
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, ampunilah daku, dan rahmatilah daku, dan kurniakan hidayah kepadaku, dan perbaikilah daku”.
(Di dalam Musnad Imam asy-Syafi’e)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول بين السجدتين: "اللهمَّ اغفر لي وارحمني وعافني واهدني وارزقني
Maksudnya:
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. berkata di antara dua sujud, “Wahai Tuhanku, ampunkan daku, dan rahmatilah daku, dan ampunilah daku, dan kurniakanlah ku hidayah, dan kurniakanlah ku rezeki”.
(Riwayat Abu Daud)

*Dan dibolehkan ketika duduk di antara dua sujud, untuk membaca sebarang do’a selain di atas.
*Cara duduk ialah seperti tasyahhud awwal, punggung duduk di atas kaki kiri, dan kaki kanan menegak(duduk iftirasy).

12)       Thoma’ninah pada duduk antara dua sujud.

13)       Sujud – Hendaklah sempurna anggota sujud
menyentuh tempat sujud. (Sunat membaca pujian seperti sujud pertama).



Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}