Solat(Bab 2)



Rukun-rukun solat ada 18, iaitu:
1)    Niat ketika bertakbiratul ihram – Hendaklah qasad, ta’arud,
ta’ayin(iaitu dengan sengaja,  fardhu atau sunat, dan tahu waktu solat yang dikerjakan).
v Cara berniat ketika bertakbiratul ihram adalah, “Sahaja aku menunaikan solat fardhu(cthnya Zohor) empat raka’at, kerana Allah Ta’ala”, ataupun “Sahaja aku menunaikan fardhu(cthnya Zohor) empat raka’at, kerana Allah Ta’ala” ataupun seerti dengannya. Adapun berlafaz niat itu adalah sunat.

2)    Takbiratul Ihram – Dengan menyebut dengan jelas kalimah
Allahuakhbar “الله اكبر.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير، وتحليلها التسليم
Maksudnya:
“Kunci solat adalah bersuci, dan pembukanya adalah takbir, dan penutupnya adalah salam”.
(Riwayat Imam  at-Tarmidzi)

*Selepas bertakbir, sunat membaca Do’a Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah. Bacaannya ialah:
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَ أَصِيلاً. وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ حَنِيفاً مُسْلَمًا وَمَا أَنَا مِنَ المُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَِينَ, لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِينَ
Maksudnya:
“Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam”.

*Selepas selesai membaca Do’a Iftitah, maka disunatkan untuk membaca ta’awudz sebelum memulakan bacaan al-Fatihah, iaitu “ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم” yang bermaksud, “Aku berlindung denganMu Allah daripada syaitan yang direjam”.

*Hukum mengangkat tangan ketika bertakbir adalah sunat, dan caranya ialah, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Malik Ibn Huwairith R.A.:
كان إذا كبر رفع يديه حتى يحاذي بهما أذنيه. وإذا ركع رفع يديه حتى يحاذي بهما أذنيه. وإذا رفع رأسه من الركوع، فقال "سمع الله لمن حمده"، فعل مثل ذلك
Maksudnya:
“Rasulullah s.a.w. apabila Baginda bertakbir, Baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, Baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, Baginda membaca; “Allah mendengar pujian orang yang memujiNya” dengan melakukan seumpama tadi”.
(Riwayat Imam Muslim)

3)    Qiam(berdiri) – Hanya bagi yang tiada keuzuran syar’ie dan
wajib pada tiap-tiap solat fardhu, manakala sunat berdiri pada solat yang sunat.
*Ketika berdiri selepas Takbiratul Ihram, sunat meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri, dan kedudukannya berhampiran dengan hati(sebagaimana menurut perbahasan ulama’ hadith dan fiqh), sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Wail Ibn Hujr:
 ثم وضع يده اليمني على كف يده اليسرى
Maksudnya:
“…Kemudian Baginda s.a.w. meletakkan tangan kanan di atas  pergelangan tangan kiri”.
(Riwayat Imam Baihaqi)

4)    Membaca al-Fatihah.
Al-fatihah wajib dibaca, bacaannya ialah:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾
Maksudnya:
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1). Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (3). Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (4). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5). Tunjukilah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat (7).”
(Surah al-Fatihah: 1-7)

Kewajipan ini adalah berpandukan kepada sabda Baginda s.a.w. iaitu:
لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب
Maksudnya:
“Tidak dikira solat kepada sesiapa yang tidak membaca ‘pembuka al-Kitab’(al-Fatihah)”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

*Selepas selesai membaca surah al-Fatihah, disunatkan pula membaca sebarang surah yang terdapat di dalam al-Quran.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}