Beriman Kepada Allah S.W.T.

Sambungan...


A)               Beriman kepada Allah

Firman Allah s.w.t.:
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ ﴿٢٨٥﴾
Maksudnya:
“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
(Surah al-Baqarah: 285)

Beriman kepada Allah, iaitu mengEsakan Allah ta’ala, adalah bermaksud, mengakui bahawa Allah tunggal yang wujud. Tiada Tuhan selainNya yang wujud, dan Dialah yang Maha Kuasa, Maha Agung, dan mengetahui segala-galanya baik terang-terangan mahupun sedalam-dalam rahsia.

Dialah yang memiliki zat yang agung, yang tiada suatu pun sama denganNya baik dari segi zatNya, sifatNya, bahkan perbuatanNya dan Dia juga memiliki nama-nama yang agung.

Adapun bagi makhlukNya, tiada disuruh untuk memikirkan akan zatNya, kerana apa sahaja yang terlintas pada fikiran manusia tidak sama seperti apa yang sepatutnya bagiNya. Hal ini kerana lemahnya akal kita untuk menerima sesuatu yang tidak dapat disaksikan. Manusia mengenal sesuatu objek itu melalui sifat-sifat yang ada pada objek itu. Contohnya, kereta, kita mengetahui objek itu adalah kereta kerana sifat yang ada pada kereta itu seperti mempunyai tayar, enjin, bentuk kereta itu, dan sebagainya. Maka begitu juga dengan Allah, kita dapat mengenali Allah hanya dengan mengetahui segala sifat yang sempurna yang ada padaNya, walaupun Allah tidak zahir pada penglihatan kita.

Bagi setiap muslim yang telah ditaklifkan syara’ untuk belajar dan tahu, perlu setiap muslim itu tahu akan sifat-sifatNya iaitu:-
a)     Sifat  wajib bagiNya, iaitu sebanyak 20 sifat.
b)    Sifat mustahil bagiNya, iaitu sebanyak 20 sifat juga.
c)     Sifat harus bagiNya, iaitu hanya 1 sifat.


bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}