Beriman Kepada Malaikat



 sambungan...

B)               Beriman kepada Malaikat

Malaikat adalah salah satu daripada makhluk ciptaan Allah. Diciptakan oleh Allah melalui cahaya, dan merupakan makhluk Allah yang paling taat, tidak pernah membantah sebarang perintah Allah. Firman Allah s.w.t.:
اللَّهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ ۚ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ بَصِيرٌ ﴿٧٥﴾
Maksudnya:
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.
(Surah al-Hajj:75)

Malaikat juga dicipta tanpa hawa nafsu, tidak berhajat kepada makan dan minum, dan ditugaskan untuk beribadat sepanjang masa. Antara tugas Malaikat lagi adalah membisikkan bisikan kebaikan kepada manusia agar berbuat taat dan menghindari maksiat.

Adapun jumlah malaikat yang diciptakan oleh Allah itu amatlah banyak dan kita tidak ditugaskan untuk mengetahui setiap satu demi satu daripada Malaikat tersebut melainkan hanya 10 Malaikat sahaja.

10 orang Malaikat dan tugas-tugasnya yang wajib diketahui oleh muslim adalah:-
1)    Jibril – Menyampaikan wahyu.
2)    Mikail – Menurunkan rezeki.
3)    Mungkar – Menyoal ahli kubur.
4)    Nakir – Menyoal ahli kubur.
5)    Atid – Mencatat amalan.
6)    Ratib – Mencatat amalan.
7)    Israfil – Meniup sangkakala.
8)    Izrail – Mencabut nyawa.
9)    Malik – Penjaga neraka.
10)    Ridhwan – Penjaga syurga.

Maka wajib bagi setiap muslim mengetahui akan 10 Malaikat tersebut tanpa menafikan setiap satu daripada mereka.


Firman Allah s.w.t.:
لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ
Maksudnya:
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi…”.
(Surah al-Baqarah:177)


bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}