Iman(aqidah)
Iman dari sudut bahasa bermaksud - mentasydidkan(mengakui) dengan hati, berikrar dengan lisan, dan beramal dengan rukunnya.
Iman dari sudut istilah bermaksud - menerima dan menundukkan hati kepada segala perintah yang diperintahkan Allah melalui Rasulullah s.a.w.

Allah s.w.t. berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزَلَ مِن قَبْلُ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا ﴿١٣٦﴾

Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh".
(Surah an-Nisa’: 136)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
قال: فأخبرني عن الإيمان. قال: "أن تؤمن بالله، وملائكته، وكتبه، ورسله، واليوم الآخر. وتؤمن بالقدر خيره وشره"

Maksudnya:
“Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.”
(Hadith riwayat Muslim)

Rukun Iman ada enam perkara iaitu:-
1)    Beriman kepada Allah – iaitu mengEsakan Allah dari segi zatNya, sifatNya, dan perbuatanNya.
2)    Beriman kepada Malaikat.
3)    Beriman kepada kitab-kitab yang telah diturunkan Allah kepada RasulNya tertentu.
4)    Beriman kepada segala Rasul yang telah diutuskan Allah.
5)    Beriman kepada hari akhirat.
6)    Beriman kepada qada’ dan qadarNya.

Kesimpulan daripada rukun-rukun Iman ini adalah wajib bahawasanya setiap muslim itu tahu akan:-
Ø Perkara uluhiyyah yakni perkara keTuhanan.
Ø Perkara nubuwwah yakni perkara keNabian atau Utusan Allah.
Ø Perkara sam’iyyah yakni pengkhabaran akan perkara ghaib, seperti hari qiamat, syurga dan neraka, dan sebagainya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}