Sifat-Sifat yang Wajib Diketahui Mukallaf(bahagian 1)

Sambungan...

Adapun sifat-sifat Allah yang wajib diketahui oleh setiap muslim adalah:-
1)    Wujud – yakni ada.
Firman Allah s.w.t.:
قَالَتْ رُسُلُهُمْ أَفِي اللَّهِ شَكٌّ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ
Maksudnya:
“Rasul-rasul mereka bertanya: Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, yang menciptakan langit dan bumi?”.
(Surah Ibrahim: 10)

2)    Qidam – yakni sedia ada(tanpa permulaan).
Firman Allah s.w.t.:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ
Maksudnya:
“Dialah Yang awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin”.
(Surah al-Hadid: 3)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
اللهم انت الأول فليس قبل شئ.
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, Engkaulah yang awal, maka tiada sesuatu pun sebelumMu”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)

3)    Baqa – yakni kekal selama-lamanya.
Firman Allah s.w.t.:
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ ۖ
Maksudnya:
“Dialah Yang awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin”.
(Surah al-Hadid: 3)

Firman Allah s.w.t.:
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ ﴿٢٧﴾
Maksudnya:
Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan”.
(Surah ar-Rahman: 27)

4)    Mukhalafatuhu ta’ala lil hawadith – yakni bersalahan dengan makhlukNya.
Firman Allah s.w.t.:
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾
Maksudnya:
”Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
(Surah al-Ikhlas: 4)

Firman Allah s.w.t.:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ
Maksudnya:
“Tiada suatupun yang sama denganNya...”.
(Surah as-Syura: 11)

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tiada bagiNya yang serupa denganNya”.
(Riwayat at-Tarmidzi)

5)    Qiamuhu ta’ala bi nafsini – yakni berdiri dengan diri sendiriNya(tidak berhajat kepada sesuatu yang lain).
Firman Allah s.w.t.:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ ۖ وَاللَّهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيدُ ﴿١٥﴾
Maksudnya:
(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya, maka) wahai umat manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah (dalam segala perkara), sedang Allah Dialah sahaja Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”
(Surah Fatir: 15)

Sabda Baginda s.a.w.:
اللهم انت لا إله إلا أنت الغنى
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, tiada Tuhan melainkan Engkau yang Maha Kaya(tiada berhajat kepada selainNya)”.
(Riwayat al-Hakim)

6)    Al-wahdaniah – yakni tunggal.
Firman Allah s.w.t.:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾.
Maksudnya:
“Katakanlah(wahai Muhammad): Dialah Allah yang Maha Esa”.
(Surah al-Ikhlas: 1)

Firman Allah s.w.t.:
وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَـٰنُ الرَّحِيمُ ﴿١٦٣﴾
Maksudnya:
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”.
(Surah al-Baqarah:163)




7)    Qudrah – yakni memiliki kemampuan.
Firman Allah s.w.t.:
إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١٤٨﴾
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu”.
(Surah al-Baqarah: 148)

8)    Iradah – yakni memiliki keinginan.
Firman Allah s.w.t.:
فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدُ ﴿١٦﴾
Maksudnya:
“Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.”
(Surah al-Buruuj: 16)

Sabda Rasulullah s.a.w.:
ما شاء الله كان و ما لم شاء لم يكن.
Maksudnya:
“Apabila dikehendaki Allah sesuatu berlaku, maka akan berlaku, dan apa sahaja yang tidak dikehendaki Allah untuk berlaku, maka tidak berlaku”.
(Riwayat Imam An-Nasa’i)

9)    Ilmu – yakni memiliki ilmu.
Firman Allah s.w.t.:
وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿١٧٦﴾
Maksudnya:
“...Dan Demi Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu”.
(Surah al-Nisa’: 176)

Firman Allah s.w.t.:
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿٢١٦﴾
Maksudnya:
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Surah al-Baqarah: 216)

10)       Hayyun – yakni memiliki sifat hidup.
Firman Allah s.w.t.:
وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ وَسَبِّحْ بِحَمْدِهِ ۚ
Maksudnya:
“Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya…”.
(Surah al-Furqan: 58)

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}