Sifat-Sifat yang Wajib Diketahui Mukallaf(bahagian 3)

Sambungan...


Ø Sifat yang pertama itu dikenali sebagai sifat nafsiyah(iaitu sifat yang disandarkan kepada diriNya sendiri).
Ø Sifat yang kedua hingga keenam adalah sifat salbiah(iaitu sifat yang disandarkan kepada sifat yang pertama, dan 5 sifat ini adalah sifat yang utama bagi sifat-sifat yang kemudiannya.)
Ø Sifat yang ketujuh hingga ketiga belas adalah dikenali sifat ma’ani(iaitu sifat yang hanya pada makna sahaja, hakikatnya tiada yang tahu bagaimana keadaan sifat ini)
Ø Sifat yang keempat belas hingga kedua puluh adalah dikenali dengan sifat ma’nawiyyah(iaitu sifat yang disandarkan kepada sifat ma’ani)

Adapun segala sifat yang telah disebutkan di atas, sebanyak 20 sifat tersebut, bukan bermakna Allah hanya mempunyai 20 sifat sahaja, bahkan sifat Allah lebih banyak daripada apa yang tercapai oleh ‘aqal manusia. Akan tetapi, hanya ditaklifkan untuk kita mengetahui sebanyak 20 sifat ini, kerana sifat 20 ini adalah sifat yang wajib ada pada Allah yang membuatkan kita merasa dan tahu akan kebesaran dan keagungan Allah dan menghadirkan sifat kehambaan di dalam hati kita sebagai hamba Allah yang hina dan kerdil lagi tidak memiliki kemampuan.

Sifat-sifat tersebut bukanlah sama seperti sifat makhluknya, seperti Allah memiliki ilmu, tidak sama dengan manusia memiliki ilmu, kerana manusia berhajat kepada belajar baru memiliki ilmu dan kefahaman, tetapi Allah tidak berhajat kepada belajar bahkan tahu akan segalanya pada masa dahulu, sekarang dan akan datang secara terperinci. Segala sifat yang ada pada Allah adalah sempurna, tiada terdahulu antara satu sifat dan sifat yang lain.

Adapun bagi sifat bagi makhluk Allah, seperti wujud, berilmu, hidup, dan sebagainya, adalah pemberian daripada sedikit sahaja daripada kesempurnaan sifat-sifat Allah yang ada.

Adapun antara sifat mustahil bagi Allah s.w.t. yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf ialah:
v   Berlawanan 20 sifat wajib bagi Allah s.w.t.
v   Allah s.w.t. berjisim.
v   Allah s.w.t. berhajat kepada bantuan selain dariNya.
v   Allah s.w.t. sama seperti perbuatan makhluk, seperti mempunyai tangan, duduk, ketawa, dan sebagainya.

Adapun sifat harus yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf ialah:
v   Allah s.w.t. harus mengadakan atau meniadakan makhluk (Allah s.w.t. bebas untuk mencipta atau tidak).

Allahua’lam bis sowab¬


Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Perhatian kepada pembaca dan pelawat blog ini sekalian {Segala bahan bacaan yang didapati tidak sesuai dengan kefahaman aqal fikiran para pembaca hendaklah dirujuk kepada ahli kepada ilmu itu supaya mendapat pemahaman yang jelas akan apa yang disampaikan. Sesungguhnya setiap Muslim itu bersaudara, dan saudara sebenar-benarnya tidak akan sampai hati untuk menikam/membidaahkan/menyesatkan saudaranya yang lain semata-mata berlainan fikrah}